Cloth Diapers Project

Dengan Ini Saya Merasmikan.. CD Baru.. Yeayy!

Monday, May 21, 2012



..sukaaaaaaaaaaaa.. Thanks ummi :)
Taraaaaaaaaaaaaa..

Ummi sempat snap gambar dari belakang je.. sebab budak baik ni tak reti duduk diam hehehe~
Ok.. secara rasminya Ilham dah merasmikan CD baru malam Sabtu. Excited yang amat ummi dia ni nak pakaikan CD tau. Alhamdulillah, budak kechik ni bagi kerjasama. Geram tengok bila dia pakai CD sebab montot dia jadi tonggek hahaha.
Sebelum tidur ummi dah siap2kan Ilham dengan CD, dah inform babah 4 jam kena bangun salin takut Ilham alah melecet pulak nanti. Harap2 tak terlajak tidur dan babah boleh tolong kejutkan. Dalam pukul 4 pagi tu bersemangat waja seperti kereta waja menyalin CD Ilham yang tengah mamai2 tu. Ok, bila dah siap ummi bagi upah sambung ngempeng. Tengah syok ngempeng, ummi terdengar bunyi.. proottttt.. prootttt.. disamping bau yang sangat enak.. OMG! Anak bertuah ummi poo poo rupanya.
Nampak gayanya subuh2 dia bagi ummi ujian ketahan diri hehehe. Apa lagi cepat2 bawak Ilham ke toilet dah siap2 salinkan sekali lagi CD. Anak bertuah ummi ni kan, baru first night dah pakai 3 CD **dalam hati ummi.. hmmmm.. konfem kena pow babah beli CD baru ni ;) ** Dah ok semua terus sambung ngempeng sampai tertidur. Seawal 7 pagi dia dah terbangun.. huwaaaaa.. poo poo lagi rupanya patutlah awal bangun. Betul2 Ilham bagi ummi ujian hari pertama ni kan ekeke~
Pagi2 ummi dah siap membersihkan CD2 yang dah terkena poo dia tu. Sekali melambak pulak dia membuang pagi tu hehehe. Tak apalah Ilham doakan je ummi sihat boleh buat semua tu untuk Ilham ye.
Ok itu saja cerita kali pertama Ilham berCD dan ujian pertama untuk Ummi Ilham ;)Nanti share lagi :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!