Baby Development

Ilham 10 Months.. Oredi ;-)

Monday, May 14, 2012



Happy 10 months baby! :)
Sebulan lagi berganjak.. bermakna ada 2 bulan lagi hero kechik ummi nak mencecah usia 1 tahun. Ya Allah.. sekejap betul masa berlalu. Rasa baru je terboyot2 bawak perut ke hulu ke hilir. Dah semakin membesar anak ummi ni.. semakin banyak aksi2 mencuit hati ummi dan babah. Balik kerja penat2 bila tengok muka dia terbang semua penat lelah.
Ok.. budak kecil ni dah semakin aktif sekarang. Waktu main dah semakin panjang. Kadang2 mata dah kuyu2 tapi tetap juga nak main. Sampai tersengguk2 ummi perhatikan. Ilham.. Ilham.. Syok agaknya dapat explore dunia baru bagi dia.
Ok jom kita tengok gambar2 dia yang ummi sempat snap.. :)
Ni muka bila kita kata busukkkkkkk.. sambil tayang gigi rabbit dia 4 batang dan menyusul 1 batang lagi kat atas tu.. Sangat scary sekarang time menyusu.. dia suka suki je tarik.. huwaaa menjerit ummi dibuatnya.
Tak tahulah tetiba je dia pandai buat macam ni muka macam ni.. Ada satu hari tu, balik dari kerja tengok ummi dan babah dia mencengit macam ni hahaha. Geram tengok.. macam nak gigit hahaha~
Ummi beriya belikan ulat gonggok masa pergi Cameron.. sebab ada ABC.. 123.. sekali bila bagi dia, dia takut daaaa.. *dalam hati bagus juga.. boleh letak kat tempat2 merbahaya kat rumah tu* Tak lama pun takutnya.. dah selng beberapa hari dia relax je peluk ulat tu ;)
Ni cerita kat dalam kereta..

Memang tak reti diam.. kecuali tidur.. kalau ngempeng pun siap la macam2 gaya dia buat.. dah macam dalam rumah.. hehehe


Ni aktiviti terbaru dalam kereta.. tak nak duduk dengan ummi.. nak duduk kat lantai..
Ok.. sekarang ini budak sudah motak kembali..

Projek ummi dan babah di hari Sabtu.. “Membotakkan Ilham untuk kali ke 4″

Seeeeeeeee.. abang motak ;)
Rasa lain pulak dia dah botak hehehe..
Semalam.. sempena Hari Ibu..
**ummi saje captured gambar ni**
Ilham yang sangat rajin mengemas kat rumah.. Ummi anggap ni hadiah Hari Ibu ye.. Ummi duk rumah diam2 sebab Ilham dah rajin tolong kemas hehehe. Semua mainan dah elok2 babah susun dalam bakul dikeluarkannya.. entah apa yang dibebel sorang2 sambil kutip semua mainan tu.. tak apalah Ilham sepah la puas2..janji Ilham dapat belajar something.. nanti slow2 ummi ajar Ilham apa yang perlu dibuat bila lepas main toys semua.. :)
Lepas puas Ilham mengemas rumah, babah ajak siap2 pergi lunch kat Pizza Hut sempena Hari Ibu.. Thanks Babah & Ilham.. Ummi sangat2 hargai.. Ummi akan berusaha jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk Ilham dan kalau ada rezeki adik2 Ilham **uhuksss** ;)
Budak kecil ni.. dia bantai menjerit je dalam Pizza Hut tau.. hahaha.. Suka agaknya ummi dengan babah melayan dia 24/7.
Sekarang dah makin banyak vocab dia.. pagi tadi bangun tidur tetiba sebut “Ta..ta” hehe. Alhamdulillah jarang bangun tidur menangis memang dari dulu. Bangun tidur je mesti senyum.. gud boy! :) Apa yang babah buat semua dah pandai ikut.. pegang remote tv ke remote air cond letak kat telinga sambil jerit “”oooooo..oooo” hahaha. Agaknya selalu tengok ummi dengan babah pegang handphone. Makan bukan main selera.. sehari tiga kali makan bubur. Lambat suap menjerit seantero rumah hehehe.
Alhamdulillah cepat Ilham belajar. Ummi doakan mudah2an Ilham jadi anak soleh ya sayang. Setahun dua bulan lagi perjuangan breastfeeding kita. Mudah2an Allah berikan ummi kesihatan yang baik dan rezeki susu yang melimpah ruah untuk hero kechik ummi ni. Sekarang misi ummi untuk bertukar kepada cloth diapers dan mengurangkan penggunaan disposable diapers. Harap2 usaha ummi nak bantu jimatkan perbelanjaan babah berjaya. Ok, nanti ummi share macam biasa perkembangan bayi 10 bulan.
Stay tuned! :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!