Lunch @ Secret Recipe
Dah tak ingat Jumaat minggu bila ni.. :)
Almaklumlah..dah berkurun jadi draft.
Hadoiiii tak menyempat la nak update belog kesayangan ni. Banyak gila
entry tertunggak.. Ilham tolong ummi update belog pelissss
Ok.. next destination “Segmen Obesiti” kami lunch kat Secret Recipe.
Ohhh so yummmeeeehhhh
Minuman untuk kurus
Ice Lemon Tea
Cerita asal.. saya order Spaghetti
Meatball Bolognese, tapi masa order tu memang agak terkecur bila baca
Tom Yum Kung.. lagi2 la orang sebelah order menu.. tapi saya teruskan
mengorder first menu. Tengah2 makan tu Kak Intan whatsapp nak kirim..
menu sama je apa yang saya makan.
Dalam beberapa minit tom yum Ita
sampai.. wahhhhhh tekak tak keruan tengok.. jadinya saya buat
keputusan Spaghetti Meatball Bolognese tu saya tapau untuk Kak Intan,
dan saya order Udon Tom Yum Kung sama macam Ita..
Nahhhhhhh.. jamu mata
Udon Tom Yum Kung
Sedap yang amat.. dah lama tak makan jadi haruslah makan sampai licin..
Hadoiii menaip ni pun terasa masam2 kuah tomyum ni..
#En. Nazir yok teman saya berbuka hari ni kat Secret Recipe #
Sebelum balik opis.. saya mentapau..
White Dark Chocolate Cheese Cake
Untuk santapan petang ekeke.. Makan dengan nikmat sekali..
Oklah sekian.. tunggu next entry makan2 yang tertunggak
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!