My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ummi Je Nak Mamam.. Ilham Pun Nak Mamam Juga Tau ;p

Friday, May 18, 2012



Ok2.. Ummi kalah ;)
Betul juga.. asyik tayang ummi makan je kan patut la gemssss ;) , dah lama tak tayang hero kechik ummi punya makanan.
Start umur 9 bulan saya try introduced Ilham dengan isi ayam. Sekarang bahagian isi ayam yang tebal2 yang paling2 ummi tak suka tu dah tak jadi membazir sebab dah diagihkan untuk stok lauk Ilham. So far tak ada masalah, dia suka je makan lauk ayam :)

Ni puree ayam + carrot :)

Stok puree ayam + carrot dan puree brokoli..

Puree isi ayam :)

Oh ye, saya juga dah cuba perkenalkan isi ikan pada Ilham. Ikan kembung saya rebuskan, dan saya ambil isinya dan hancur2kan. Sebelum masuk ke mulut Ilham, of course ummi nya kena merasa dulu hehehe.
Ok next..

Ketang rebus.. isi ayam dan kacang pis..

Saya lecek2.. mula2 saya bagi macam ni je tanpa campur bubur.. Saja nak test kalau2 Ilham dah ready makan yang kasar sikit. Tapi bukan sekasar kat atas ni tau.. Sekali babah dia suap Ilham macam kemam2 je. Terus saya modified tambah puree bubur dan ikan bilis. Barulah laju je hero kechik tu mamam. Tekak Melayu nak juga bernasi :)

Bubur.. puree carrot + kacang pis + jagung :) tak dilupakan serbuk ikan bilis penyedap rasa :)

Kalau diperhatikan sudu Ilham tu, nampak putih kat hujungnya.. ok sudu tu bagitau yang makanan Ilham tu teramat panas. Jadi jangan disuap pada baby dulu. Saya pun tak ingat beli kat mana yang penting beli online. Baguskan jadinya kita alert dengan kepansan makanan yang kita nak bagi pada baby. Mangkuk makan Ilham tu hujungnya ummi dah buat kes last week, tak perasan kena panas dapur.. Sorry Ilham.. excited nak bagi Ilham makan sampai cair mangkuk ;)
Lastttttttt.. but not least..  sesi memenuhkan freezer dengan stok makanan dihujung minggu. Ni stok last week.. sekarang freezer dah beransur kosong disebelah kanan. Kiri tu ada la lebih kurang 50oz stok frozen EBM Ilham. Ummi tengah fighting nak menambah stok sebelum datangnya Ramadhan. Wish me luck mommies! :)


Ok.. next entry yang tak tahu bila muncul.. saya nak share “finger foods” atau “makanan jejari” yang saya intorduced to Ilham. Stay tuned! :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!