Minggu ni ummi telah merajinkan diri membuat Begedil Daging untuk Ilham..
Alhamdulillah.. dapat 10 keping.. gorengkan Ilham 2 keping..
frozenkan balance 8 keping..
Sebelum digoreng.. :)
Ni bahan2nya:
3 biji kentang
2 sudu tepung jagung
Sedikit daging hancur Ramly
Daun saderi
Daun bawang
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
Cara2nya:
Kupas kentang dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk lecek2 kentang sehingga hancur. Daging hancur tu direbus sehingga empuk. Isinya di gaul bersama dengan kentang lecek tadi. Stok daging simpan untuk diguna bila buat bubur Ilham.Potong halus daun saderi dan daun bawang dan gaulkan bersama kentang tadi. Potong Mayang bawang merah dan potong haluusssssssssss halussssssss bawang putih untuk dijadikan bawang goreng. Goreng bawang2 tersebut menggunakan olive oil dan gaulkan bersama kentang juga. Masukkan 2 sudu tepung jagung dan uli sehingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bulat dan leperkan. Untuk menggoreng, pecah sebijik telur, celup begedil dan gorengkan menggunakan olive oil.
Tadaaaaaaaaaa..
Dah siap dah Begedil Daging Ummi Ilham :)
Selepas digoreng.. :)
Alhamdulillah habis juga 2 keping Ilham makan..
Ada juga la termasuk dalam mulut ummi dia..
Masa bagi makan tu saya cubit2kan kecik2 suruh Ilham makan sendiri..
So far kalau makan biskut dia dah boleh suap sendiri..
Kiranya ni salah satu latihan untuk bagi finger food untuk Ilham..
Tak payah letak garam ye mommies..
Saya dah rasa walaupun tak bergaram tetap sedap :)
This week nak try menu lain pulak..
Sekurang2nya tak lah boring Ilham asyik makan bubur..
Bubur pun sekarang dah tak blend dah..
Next entry saya share bubur oat dan bubur ala2 bubur lambuk
bekalan Ilham sepanjang ummi bekerja..
Stay tuned! :)
p/s: Ilham mamam begedil.. ummi dan babah mamam grilled lamb chop express made by ummi.. nanti share ;)