Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Day #16

Sunday, August 05, 2012



Ramadhan ke 16.. dengan tak disangka2 kami berbuka puasa di rumah Pakcik Marni sekali lagi. Hadoiiii malu sebenarnya. Kami bertolak balik dari Batu Pahat dalam pukul 4 lebih. Sampai Gelang Patah dah 6 lebih, singgah tuang minyak sekali ternampak Ayu dan Adik. Stop sekejap tepi jalan, diorang seboleh2 ajak berbuka kat rumah. Hmmmm.. saya tengok En. Nazir, En. Nazir  tengok saya.. alamak segannya..malunya.. dah dua kali nak berbuka sana. Kami plan nak tapau kat param dan berbuka kat rumah.
Last2 keputusan kami, berbuka je la rumah Pakcik Marni. Kami pergi tapau ayam golek dan air durian belanda buat tambah makanan. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Banyak dah terhidang atas meja, antaranya nasi ayam, kuih muih, nasi putih, asam pedas ikan kitang, ayam golek, serawa durian.. alhamdulillah syukur. Thanks ye family Pakcik Marni. Dalam pukul 8pm kami gerak balik sebab Ilham punya badan dah start panas semula lagi pun En. Nazir nak tengok idola sukan dia berentap :)
+++++++++++++++++++++++++++
Menyelit sikit cerita Dato’ Lee Chong Wei ye.. tahniah DLCW atas usaha anda mempertahankan kejuaraan, mungkin bukan rezeki. Walau bagaimana pun anda tetap mengharumkan nama Malaysia dengan pingat Perak pertama Olimpik 2012.
Ni muka Lee Chong Kak masa tengok final badminton Olimpik. Dia siap suruh saya rasa kat dada dia, degupan jantung dia yang laju. Serious memang laju gila! Lee Chong Wei yang lawan Lee Chong Kak yang berdebar2 hehehe.
Saya duduk tepi sambil ngempengkan budak yang demam tu. Dah remind dia.. jangan menjerit kalau DLCW menang nanti terkejut pakcik kecik ni yang baru nak tidur. Saya masa tengok adoiiii cramp perut rasa. Bila dah hujung2.. En. Nazir dah start gulung2 tuala Ilham, bila tengok DLCW tewas dia terus gigit tuala Ilham hahahahaha.. poyo lah babah.. tapi serious Mak Neng rasa syahdu nak nangis tengok muka DLCW.. tak apalah Dato’ kami tahu Dato’ dah usaha.. apa pun kami tetap akan sokong DLCW.. tak ada yang setanding DLCW.. :)
Sekian :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!