Foods for Baby

Si Hero Kechik dan Nasi Lembik :)

Friday, August 10, 2012



Macam dah lama tak update makanan Ilham kan..
Asyik ummi dengan babah je yang tayang makanan..
Nahhhhh.. ummi bagi chance.. :)

IMG_20120722_141015
 Minggu bila entah..
ummi try bagi nasi lembik..
Lauk ayam goreng kunyit..
Nasi lembik tu masak je la nasi air lebih..Ayam goreng tu pulak..

Bahan2: 2 ketul ayam, 1 inci halia.. 1 inci kunyit hidup.. sedikit olive oil..
Cara2: tumbuk halia dan kunyit gaulkan pada ayam dan perap seketika.. kemudian goreng dengan olive oil.. tadaaaaaaaaa.. siap! boleh mamam :)

Next.. bagi bekal nasi lembik dengan lauk sup sayur + ayam..

IMG_20120723_083006
Ni nasi lembiknya..

IMG_20120723_083047
Ini sup sayur + ayam

Bahan2: Isi ayam.. tomato (potong dadu).. brokoli (potong kecil2)..  carrot (potong dadu).. sedikit putih telur .. sedikit daun bawang dan daun sadri.. sebiji bawang merah & sebiji bawang putih (cincang halus)..olive oil.. air..
Cara2: Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dengan menggunakan olive oil.. masukkan air, ayam supaya cepat empuk.. kemudian masukkan brokoli, tomato, carrot dan putih telur.. next masukkan daun bawang dan daun sadri.. siap!
Ok.. 3 hari lepas.. ummi ada belikan Gloricon Thermal Food Jar untuk buat bekalan Ilham.. saja nak mengekalkan kepanasan makanan :)

2012-08-09 06.12.48
Sup ayam..

Bahan2: Isi ayam.. tomato (potong panjang2).. sedikit daun bawang dan daun sadri.. sebiji bawang merah & sebiji bawang putih (cincang halus)..rempah sup..olive oil.. air..
Cara2: Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dengan menggunakan olive oil.. masukkan air, rempah sup dan ayam. kemudian masukkan  tomato, daun bawang dan daun sadri.. siap!

2012-08-09 06.14.05
 Nasi lembik lagi..

2012-08-09 06.15.25
masukkan dalam thermal food jar..

dah siap! boleh hantar pergi rumah Ibu Zura.. :)
rasa lebih mudah pulak guna thermal food jar ni..

Sepanjang Ramadhan ni, ummi merajinkan diri masak masa bangun sahur.. so makanan Ilham semua adalah fresh.. no frozen foods at all.. Ok itu saja cerita makanan Ilham.. nanti ummi update lagi :)

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!