Bento

{Bento Kasih Sayang} Aksesori Bento

Monday, January 13, 2014

oleh kerana ramai yang bertanya..

walaupun bertanya dengan ummi ilham yng baru berjinak2 dengan hiasan bento..

tetap juga saya bantu mak2 diluar sana ye..

ada yang tanya mana dapat mould2, lunch box yang comel lote tu..

ok ni saya nak bagitau ni.. Smile

 

sebelum tu yok baca nota “bento” Winking smile

 

Bentō (弁当 atau べんとう?) atau o-bentō adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.

Bentō biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bentō sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.

Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bentō boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan. Suri rumah di Jepun dianggap perlu pandai menyiapkan bentō, walaupun bentō boleh dibeli di mana-mana saja.

 

dari ilham solid food lagi memang saya bekalkan makanan dari rumah..

niat utama nak bagi ilham makan air tangan ummi Smile

sebelum ni bekalan2 biasa2 je..

tak berhias bagai..

lama2 bila duk study pasal bento..

rasa syok pulak tengok semangat mak2 lain berbento..

walaupun ilham hanya berbento ke rumah ibu zura..

tapi rasa puas hati dapat prepare untuk dia pagi2..

 

jom skodeng aksesori bento ummi ilham..

tak banyak pun..

cukuplah untuk hiasan simple2..

masih dalam proses mengumpul aksesori..

 

20140108_235441

 

yellow love & bunga pink – bekas cup cake.. ummi ilham multifunction kan sebagai mould untuk buat onigiri..hehehe.. suka suki jek  dua2 ni beli kat Daiso..

bekas 4 segi transparent & kepala katak – lunch box.. beli kat Daiso.. ada 5 lagi lunch box ilham tak sempat nak snap.. (1 angry bird, 2 kfc, lunch box kartun apa entah beli kat One Stop)

bekas putih 2 compartment untuk makan kat rumah jek Smile beli kat Daiso..

acuan aiskrim – beli kat Daiso.. baru sekali mamacu buatkan aiskrim milo..tapi yang makan ummi dan mamacu Smile with tongue out ilham tak suka aiskrim yang bersusu2an.. kalau aiskrim perisa biasa tu suka la.. tu pun jarang makan..

penimbang tu.. beli kat Daiso juga.. ummi yang ngengada nak beli sebab comel dan warna pink.. boleh gitu..

 

20140108_234137

 

antara koleksi mould yang ada..

love besar kecil.. star besar kecil..gingerman.. gingerwoman..kepala mickey.. smiley flower.. ada beli kat Daiso.. ada beli kat Mr. DIY..

acuan smiley/ emoticon tu beli kat Daiso.. ummi ilham memang peminat Daiso Flirt female 

kalau dah masuk Daiso rasa macam duduk di alam fantasi..

geram tengok barang2 comel lote..hehehe

 

20140108_234142

 

ni mould yang besar2..

bekas mould ni beli kat Daiso lagi.. dan lagi.. dan lagi..

Nyah-Nyah

 

ni tengah usha2 nak beli mould kat seller fb..

yaaaaa aaaaaa auwwwwwwww..

geramnya comel2 belaka..

nanti ummi ilham update lagi koleksi aksesori bento terbaru ye..

bersama2 info2 ilmu2 menarik bento..

stay tuned! Winking smile

 

SAYA MAK BUDAK BARU BELAJAR BERBENTO! Flirt female

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!