Anak Susuan - Zara Saffiya

{Breastfeeding Journey} Ini Adik Lala Saya ;)

Tuesday, January 07, 2014

alhamdulillah rezeki susu abang ilham dan adik syakir dikongsi bersama adik lala..
siapa adik lala ni?
ni lah adik baru abang ilham..
bukan baru..
rezeki ni kami terima September 2013..

subhanallah..
kuasa Allah kan tak siapa boleh halang..
terima kasih kat geng susu ibu Johor..
hikmahnya saya datang program2 susu ibu..
kebetulan Ila  tanya stok susu saya..
kami pun berkongsilah cerita..
dan kebetulan juga dia bagitau yang Dr. Hairin
sedang mencari ibu susuan untuk anak patient dia..
lemah sekejap rasa lutut masa berbual pasal anak susuan..
terasa kerdil sangat saya ni di sisi Allah..
Allah makbulkan juga doa saya nak sedekahkan susu saya..
:'(

Ila bagi saya contact number Dr. Hairin Anissa..
balik dari program saya bercerita dengan En. Nazir..
sebelum ni pun saya dah minta izin dia untuk ambil anak susuan..
memandangkan ilham dah lama reject minum ebm dari botol..
nak ambil anak susuan.. ummi dan babah kena ada ilmu..
nampak mudah tapi banyak yang perlu difikirkan..
saya contact Dr. Hairin.. dan alhamdulillah dapat feedback yang baik..
Dr. Hairin berikan saya contact number seorang ibu bernama Fiza..
BF mom yang tinggal di taman molek..

tak berlengah kami pun berhubung melalui telefon..
ya Allah.. banyak betul persamaan antara kami..
Iza pun pernah melalui saat2 sedih kehilangan bayi sulung..
berbual berwhatsapp macam dah 10 tahun kenal.. hehehe
kami plan nak jumpa..
of course la kan..
tak sabar nak jumpa baby girl yang lahir sama bulan dengan arwah syakir..
cantik betul aturan Allah kan..

jom berkenalan dengan anak susuan ummi ilham..

2013-09-22 15.49.21

haiii.. assalamualaikum..
nama saya zara saffiyah binti mohd syahrul..
lahir pada 19 jun 2013 lebih kurang seminggu awal dari ilham syakir..
saya dah ada 2 abang.. abang kandung saya abang imran..
abang seibu susuan saya abang ilham syahmi..
jadi boboiboy kat luar sana jangan berani2 kacau saya hokkay..
nanti body guard saya belasah.. hehehe

2013-09-22 15.47.08

first time jumpa baby zara tak serasi lagi dengan ummi..
tapi masa dapat direct feeding zara..
terasa satu perasan yang Allah je yang tahu..

2013-09-22 15.39.51

ecehhhhhhhhh.. abang ilham nak jugak gambar dengan zara..
tapi dia panggil "adik lala"
whatever lah abang ilham..
yang penting ummi nak ilham tahu yang zara tu adik ilham ye..
walaupun bukan ummi yang lahirkan dia..
nanti ilham dah besar pun ummi akan sentiasa ingatkan tu..
itu tanggungkawab ummi dan babah..
niat ummi ikhlas nak sedekah susu pada zara..

2013-09-22 15.40.11

itu dia mama zara.. puan fiza..
ohhh abaikan ummi ilham yang kembang setaman tu ye..
alamak abang imran nampak sikit jek..

alhamdulillah sempat jamu diorang sefamily..
lauk pauk ala kadar..

2013-10-19 08.26.07

bekalan frozen EBM untuk adik lala..
lebih kurang 80oz hasil pumping di ofis..
ikhlas dari ummi..

2013-10-19 13.56.27

ni masa ummi datang jengah adik lala..
kebetulan ada program kat Shaklee JB Branch..
dah dekat sepelaung tu kan..
ummi ambil peluang ni untuk hantar bekalan frozen EBM..

2013-10-19 13.56.09

comel tak saya..
boleh tahan kus semangat adik lala ni..
macam nak gigit2 je drumstick dia..hehehe
kenal juga zara bila ummi agah2 dia kan..
zara.. ummi nak zara tahu yang ummi ikhlas berikan susu ummi..
ummi halalkan setiap titis susu untuk zara..
mudah2an zara jadi anak solehah..
penyejuk mata penenang hati mama papa..
terima kasih bagi peluang ummi ada anak dara sorang..
doakan ummi dapat baby girl lepas ni ye..
sayang zara macam ummi sayang abang ilham dan adik syakir..
thanks mama and papa zara sudi berkongsi zara dengan kami..
sayang uolls.. :) 

p/s dah lama tak jumpa zara ni..mama zara bila nak gather2? ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!