Ilham Learning Phase

Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Johor

Thursday, February 27, 2014

cerita tiga minggu lepas..

niat hati babah dan ummi nak kenalkan ilham dengan haiwan2 ciptaan Allah..

dah berkali2 plan tapi tak menjadi..

kebetulan hujung minggu tu kami ke HSA..

melawat anak jiran yang sakit..

jadi babah ajak singgah ke zoo..

 

wahhh..

ilham pun excited bila ummi bagitau nak tengok animals..

dah lama gila kot tak ke zoo..

last masa zaman sekolah rendah..

sekarang umur ummi ilham pun dah nak cecah 33 tahun..

kira sendiri la berapa lama.. Hot smile

yang benornya nak cakap..

ummi pun excited tapi kaver2 depan ilham..

ekekeke~

 

20140208_155327

mommy ngah pun join sekali..

suka hero kecik tu nampak ada banyak bird..

 

20140208_155353

dia tanya dengan babah..

“bah..bah.. napa bird tu bah?”

 

20140208_155954

suka dapat tengok monkey jarak dekat..

selama ni nampak monkey lintas jalan jek..

Auto

 

20140208_160200

rusa yang kesepian..

 

20140208_160214

ummi suruh posing..

macam biasa peace-tak-jadi dia..

jari tetap di pipi..

jom kita ke section unta fadang fasir..

 

20140208_161006

ummi yang cuak takut unta ni terjah keluar pagar tu..

 

20140208_161041

ummi cakap kat ilham..

“tengok beranikan aunty tu bagi unta makan”

nak tengok macamana reaksi ilham?

 

20140208_161050

tercopong..hehehe

tekun tengok unta mengunyah..

next kita pergi melawat tiger..

 

20140208_161848

mama tiger tengah landing baik punya..

 

20140208_161936

ohhh rupanya mama tiger tengah ngempengkan baby tiger la ilham..

BF mama rupanya sama macam ummi Flirt female

ummi cakap lagi dengan ilham..

“ilham tengok tu.. baby tiger hisap susu mama dia.. macam ilham menyusu dengan ummi”

 

20140208_162038

ilham tengah jengah papa tiger tengah berendam dalam kolam..

anak2 duk tepi..

kesian haus agaknya..

nak terjun tak berani..hehehe

next kita tengok lion..

 

20140208_162234

sekali lion mengaum kuat..

terus hero kecik kata..

“bah.. nak alik bah..”

“mi.. nak alik mi”

aduhai anak ummi..

belum lagi habis ronda..

dah nak ajak balik dah..

nak berdukung pulak dengan ummi..

ok la.. ummi dan babah layankan je..

 

on the way nak pusing balik..

kami lalu la kandang chimpanzee..

masa lalu elok jek tiga ekor main kat bawah..

sekali ada sekor ni..

terus manjat kat tunggul kayu..

ummi pun snap la..

dengan niat memang nak tunjuk ilham satu2 gambar..

buat ulangkaji kat rumah Winking smile

sekali habis jek snap nampak chimpanzee sekor ni pegang batu..

ummi pun menjerit..

“babah.. dia nak baling batu”

sambil pusing ke belakang..sebab tergamam tak tahu nak lari mana..

babah dia ke kiri dengan mommy ngah..

ummi cuma mampu berpaling ke belakang sambil lindung ilham dalam dukungan..

dalam hati berkata..

“ya Allah.. biarlah aku yang kena.. janganlah kena anak aku”

tapi malang tak berbau..

batu yang dibaling hinggap di kepala ilham..

bila terasa batu singgah dan tercampak di lantai..

terus saya menggigil lemah kepala lutut..

ilham dah start nangis dah masa tu..

ya Allah kesiannya anak ummi..

 

20140208_162951

ini chimpanzee tu..

ganaskan mukanya..

lepas dibalingnya.. dia terus tepuk2 tangan..

nak marah pun haiwan..

apa la yang dia faham kan..

kami terus bergegas balik sambil pujuk ilham..

sorry ilham.. ummi tak lindung ilham betul2..

 

IMG-20140208-WA0014

sian la hai..

benjol dahi anak ummi..

nasib baik tak kena tepat2..

kalau tak.. tak tahulah nak kata apa..

meraung sakit sambil terkejut..

ya Allah jangalah ilham sampai tahap phobia nak ke zoo..

 

20140208_163923

 

pujuk punya pujuk..

mangsa balingan chimpanzee request nak “airlim'”

dapat aiskrim traffic light sebatang terus diam..

lepas dah diam dari nangis kami pun bergegas balik..

 

sebelum balik sempat buat aduan kat kaunter zoo..

bukan untuk mengondem..

tapi untuk bagi pihak zoo ambil langkah keselamatan seterusnya untuk mengawal

encik chimpanzee tu..

sekarang anak saya jadi mangsa..

esok lusa kot2 ada anak2 orang lain pulak jadi mangsa..

mengikut laporan staff zoo..

chimpanzee yang sekor ni memang agak liar sikit..

dah ada 2 3 kes dia baling budak2 sekolah yang buat lawatan..

puncanya ada visitor yang bijak bestari suka baling2 batu kat chimpanzee..

tu dia balas balik baling kat orang lain..

orang lain buat onar.. anak i jadi mangsa hokkay..

harap2 pihak Zoo Johor lebih peka dengan kes2 macam ni ya..

tingkatkan aspek2 keselamatan di kawasan kandang2 haiwan tu..

sebelum perkara lebih buruk berlaku..

 

lepas buat laporan kami terus balik..

kesian ilham..

sedih benor mukanya..

sampai sekarang ada tanda sikit..

bila jumpa saudara mara..kawan2 ummi..

dia duk mengadu sambil pegang kepala..

alahai terpahat diingatan “tragedi chimpanzee baling batu”

jangan serik ye ilham..

nanti dah hilang trauma kita pergi zoo lain pulak Winking smile

 

p/s balik rumah ummi buat revision.. tunjuk gambar2 yang sempat di snap.. bila sampai part tiger.. dia kata “tiger ido” bila tunjuk gambar chimpanzee dia kata “monkey.. aling.. atit” sambil pegang kepala.. Sad smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!