Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ayam Masak Negro Versi Ummi Ilham

Wednesday, May 21, 2014

akhirnya dapat juga masak “ayam hitam ala2 uitm lendu”

walaupu rasa taklah sama macam air tangan tukang masak cafe uitm lendu.. lepas juga la buat2 hilang ngidam.. eh ngidam katanya.. ada pulak orang buat spekulasi ni kang.. belum.. ilham belum nak dapat adik lagi..hehehe

ok di suatu petang di ofis, sebelum balik briya google resepi.. sekali terjumpa resepi “Ayam Masak Negro” terus excited nak masak.. follow sebijik sebijon resepi Kak Jee - http://www.dapurkakjee.com/2011/04/275-ayam-masak-negro.html

jom skodeng “Ayam Masak Negro Versi Ummi Ilham”..

 

20140421_193456

Bahan2nya:

6 ketul ayam (½ ekor)
2 mangkuk taufoo faa bawang yang telah dimayang
cili kering kisar (ikut kepedasan yang diperlukan)
½ botol kicap manis (Kjee guna cap kipas udang) **sama
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang

 

Cara2nya:


1. Bawang yang telah diricik (mayang) dibuat bawang goreng. Hati2 jangan hangus nanti lauk jadi pahit.
2. Ayam dibersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Goreng ¾ masak. Asingkan.
3. Tumis lada kering kisar hingga terbit minyak atau garing. Boleh guna minyak goreng bawang tadi. Masukkan tiga sekawan. Kacau2.
4. Kemudian masukkan kicap. Kacau.
5. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk atau dikisar. Kacau sampai rata.
6. Masukkan ayam dan perlahankan api. Ratakan bahan2 tumis dengan ayam.
7. Apabila dirasakan sudah cukup mesra hubungan ayam dengan bahan tumis, tutup api dan hidangkanlah.

alhamdulillah not bad.. ada la iras2 ayam hitam uitm lendu ekekeke.. ikut tekak ummi ilham la kan.. baru la tahu itu rahsianya rupanya macamana kuahnya jadi likat pekat.. rahsianya bawang goreng tu puncanya..

next time boleh try lagi.. tapi kena make sure ada masak2 sayur berkuah.. kalau tak pengsan babah ilham tercekik hehehe.. siapa2 nak try boleh la try resepi kak jee tu..

selamat mencuba!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!