Syawal dah sampai ke penghujungnya.. barulah jari jemari dipaksa menaip entri raya yang simple ni.. seriuosly mood blogging sangatlah kelaut.. dah draft pun x mampu nak teruskan publish.. haisyhhh.. teruk benor ummi ilham ni kan :p

Tahun ni turn raya aidilfitri di Senggarang.. 2 hari sebelum raya kami dah balik sana.. persiapan raya sangatlah sederhana.. baju raya saya cukuplah sehelai.. selebihnya untuk babah ilham dan ilham.. takde perasaan sangat.. kasut raya pun tak beli.. sarung jek kasut yang ada.. handbag jek tok ayah belanja sorang satu hehehe..

nahhh jom tengok gambar raya kami..




kaler pink belacan jadi pilihan tahun 2014.. tu pun last minutes punya fikir.. sebab asalnya ummi ilham dah shopping terlebih awal masa ada sales kat Cala Qisya JB.. dan terbekenan nursing jubah tu.. alamak lupa pulak nama dia apa.. yang penting sangat2 recommended.. kainnya sangat2 selesa.. sejuk jek pakai.. walaupun time raya ilham dah wean off tapi ummi tetap pakai nursing jubah hokkay.. hehehe

menu hari raya kat rumah MIL..




ketupat.. kuah lodeh.. ayam masak merah.. rendang daging.. aduhaiiii terasa nak makan pulak.. yang penting ketupat tu bukan saya yang tolong anyam.. hehehe kalau saya anyam jadi keputat kang.. hehehe..




sesi bermaaf-maafan.. kali ni semua anak cucu  Atok Tipah berkumpul.. complete..





ni cucu2 bujang Atok Tipah.. 6 tahun lepas masa baru2 jadi family ni.. semua ni masih sekolah rendah.. hingusan lagi hehehe..

tengahari sikit kami bergerak ke rumah BIL.. dekat jek dari rumah MIL.. jerit pun dengar..






lepak2 sini.. sambil menjamu kuih raya..



orang beraya.. ilham gasak tidur.. maklumlah kalau kat rumah hari biasa memang bangun lambat.. ni pagi raya dah kena kerah bangun awal.. baru berjalan dah ngantuk..



 family portrait..
babah ilham tengah snpa gambar guna kamera..



The Menantussssss dengan ibu mertua ;)
dari kiri.. MIL, Kak Iza, Kak Watie dan ummi ilham yang memangku ilham tengah tidur.. sebab nak juga masukkan ilham dalam gambar :p



adik dan kakak2 babah ilham..
dari kiri Mak Tam, Mak Andak & Mak Long (musuh no. 1 ilham.. tak tahulah kenapa hangin si ilham tak nak geng dengan mak long.. hehehe)



MIL bersama anak2 perempuan dan Acu Nuar adik ipar bongsu..

petang sikit.. muncul family saya datang beraya ke rumah MIL..riuh sekampung datang beraya buat macam rumah sendiri.. kebetulan ayah nak ke Muar rumah Pak Long sambil menjemput untuk majlis kahwin Ana.. jadi singgah jemput MIL dan beraya sekali..




Hero2 Tok Ayah..
Papa Cu.. future Daddy Ngah (tengah counting the days ni).. Tok Ayah.. Babah & Ilham..



Ni ha.. last2 dorang pun follow kaler lebih kurang kami.. hehehe




buat perangai kat rumah orang..ciss



fefeeling baru kahwin jap :p



eh tetiba dah ada anak rupanya.. ;p




peace kelaut.. mata pulak tengok kelain.. itulah ilham syahmi..




ni sampul duit raya makcik dan pakcik tahun ni.. dalam pada beraya kita promote bisnes sekali.. sambil menyelam minum air ;)

hari raya kedua kami beraya di Muar rumah Pak Long.. tapi malangnya dah ramai2 terlupa snap gambar.. hari raya ketiga baru kami balik ke Gelang Patah..




Ni masa nak beraya ke rumah Pak Ngah kat Felda Linggiu, Kota Tinggi.. budak kecik tu melaram dengan spec babah.. dia kata tu spec dia.. hmmmm tak pe lah harta babah memang lambat laun turun ke ilham juga kan.. ;)

Kami tengah menghitung hari untuk menambah ahli keluarga baru.. insya Allah kalau tiada aral melintang mommy ngah akan dinikahkan dengan pilihan hati orang Batu Pahat lagi.. menantu kedua orang BP pada hari Jumaat lepas solat Jumaat.. doakan semoga segala urusan dipermudahkan ye.. untuk rakan taulan saudara mara yang kami terlepas pandang nak bagi kad tu.. jemput datang.. kali kedua ummi ilham nak jadi mak perantin ni.. 





last but not least..

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA"
Maaf Zahir & Batin