Blog

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 4 – Tips Kemas Rumah

Monday, September 22, 2014

tips tak berapa nak tips sangatlah kan.. tapi ni je yang saya mampu share.. almaklumlah baru pindah rumah dan dalam proses kemas mengemas.. hehehe
ni semua hasil sentuhan ringkas babah ilham aka encik nazir..
dialah yang mengemas semua ni.. Deko2 Bersama Nazir gitukan..ekeke
tips mengemas biar simple, tak yah serabut2.. janji senang nak adjust kalau ada yang berterabur..
ecehhhhhhhhhh..

IMG-20140922-WA0027

IMG-20140922-WA0028

babah ilham kata kalau tak ada bunga rumah tak berseri..gitewwww!
jadi ummi belilah bunga plastik yang simple2..

IMG-20140918-WA0040

ruangan sinki ni pun dia yang kemas..
balik kerja tengok dah siap dah barang2 dari rumah pangsapuri di angkut ke rumah ni dan dah siap gantung..

IMG-20140919-WA0008

tips untuk susun atur peralatan mencuci baju.. haa betul ke ayat tu? hehe
ni memang kami dah praktikkan dari rumah pangsapuri, rak khas untuk sabun cuci, pelembut segala bagai supaya tak bersepah dan senang nak kemas kini.. make sure dekat dengan mesin basuh lagi sonang.. hehehe
nampak tak kat situ, kecintaan saya terhadap produk Shaklee.. hehe.. sabun cuci baju, pelembut dan pencuci lantai Shaklee tersusun rapi Winking smile

IMG-20140919-WA0009

ni pulak gaya susunan stok2 vitamin tuan rumah.. masih menggunakan rak dari rumah lama.. susunan macam ni memudahkan kami nak makan supplement harian.. lagi pun tinggi dari dicapai dek “si tukang kemas” sorang lagi tu Be right back
kat bawah tu ada sedikit berterabur pulak ehehe.. tapi gitu le kaedahnya susun atur peerkakasan dapur comel saya..
haaaaaaaa yang bawah ni satu tips lagi nak bagi..

IMG-20140919-WA0022

agak2 ummi ilham tertekan tak tengok gambar ni???
macam nak meraung bila tengok anak bertuah ni sepahkan mainan halus2 ni..
ibu2 bapa2 yang berhadapan dengan situasi anak menyepahkan barang2 ni, apa nak buat? hmmmm.. senang saja tips nya..
simpankan mainan halus2 ni dalam beg dan sembunyikan buat sementara waktu.. mainan ilham ni dah selamat dibungkus dalam satu beg yang ummi sembunyikan dalam stor.. tunggu free nanti baru nak filter satu2.. hehehe bukan zalim tapi buat masa ni ummi tak larat kerja nak ngemas mainan..hehehe sorry ilham..
tu je la kot tips nak kongsi.. rumah saya bukan la kemas sangat pun.. kang cakap lebih2 ada pulak orang baling dengan telur hehehe..
ok done cabaran hari ke 4..
babai!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!