Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Overnight Oats Simple

Monday, September 29, 2014

bila tengok ramai sangat duk post kat fb diorang punya “overnight oat” saya pun terliur.. makan dengan semangat kerajinan yang dipaksa2 saya buat mencari bahan untuk buat dan merasa.. ye la.. kalau dah teringin kena la usaha sendiri nak buat.. takkan nak buat muka tak malu suruh orang buatkan ye dok? Winking smile

ni bahan2 yang saya guna pakai.. ikut suka masing2..

 

20140927_000644

 

bahan2:

  • rolled oats
  • whole chia seed (beli kat cosway)
  • natural yogurt farm best
  • fresh milk goodday
  • raisins sunmaid
  • strawberry

*bahan2 lain saya cari kat mydin jek..

 

OVoats

balang kaca kat rumah lama.. tak bawa ke rumah kelasi 7, jadi pakai jek lah mangkuk free dari kfc.. Nyah-Nyah

 

cara2:

(cara saya la..sila ikut nombir pada gambar.. kuantiti terpulang nak banyak mana..hehehe~)

  1. mula2 masukkan natural yogurt
  2. masukkan 2 sudu rolled oat
  3. masukkan sesudu chia seed
  4. masukkan kismis
  5. masukkan semula natural yogurt
  6. lepas tu masukkan fresh milk
  7. masukkan rolled oat balik..
  8. sekali lagi masukkan chia seed..

masukkan berlapik2 lah konon.. hehehe.. lepas tu saya gaulkan bagi sebati bergabung meletops semua bahan2 tu.. yang nak layer2kan tu sesaja jek hehehe..

9. masukkan hirisan strawberry yang sedao itu..

taraaaaaaaaaaaa..

 

20140927_002324

 

inilah hasilnya..

dapat 2 mangkuk kfc dan segelas gelas berkaki tu..

 

IMG_20140927_003412

 

ready untuk ditidurkan semalaman..hehehe.. abaikan jek la gelas yang bertutupkan tisu tu yek.. tak ada penutup available.. pakai tidu pun bolehhhhhhh..

biarkan semalaman.. esok pagi kita bedal..

 

20140927_133926

 

bangun pagi.. tengok hasil yang sangat menyelerakan..

sayang pulak nak makan hahaha..

buat juga tuna sandwich untuk breakfast babah..

 

20140927_091319

 

ni yang dalam glass tu.. bedal yang ni dulu..hehehe

 

20140927_091359

 

pada tekak saya sangat yummmeehhh.. bagi babah ilham try..

ini feedback juri tetap saya,

kalau tak ada stoberi dengan kismis rasa dia biasa je

 

ini ‪healthy foods ye babah.. cukup masam, manis, lemak dari bahan2 yang sedia ada..

apa kata tekak si pembuat?

saya suka.. saya suka.. memang rasa bahan2 ni semua melengkapi antara satu sama lain.. kismis rasa manis, yogurt dan strawberry masam, lemak2 dari susu.. haaaa kan cukup rasa tu.. sihat selamat..boleh bawak bekal pergi opis ni.. hehehe~

 

antara khasiat yang terdapat dalam “Overnight Oats”

oats - kekerapan pengambilan bijirin penuh mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, kanser

kismis – menguatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, mencerahkan mata, membersihkan hati

susu segar - mengelakkan osteoporosis, hipertension, kanser kolon, anti-asid yang sangat baik, kekuatan pada tulang, gigi, kuku, rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel

yogurt - memperkuatkan tulang, mengandungi bakteria baik, mudah dicerna, menurunkan tekanan darah, baik untuk kulit, kaya dengan vitamin

chia seed - kaya dengan omega-3, karbohidrat, protein, serat, kalsium, antioksidan dan mineral yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan penuaan pramatang. Malah ada yang mengatakan biji chia mempu­nyai bahan yang mampu melawan kanser.

strawberry - memberikan 94 miligram vitamin C, memutihkan gigi, mencegah kanser, menghaluskan kulit, mencegah terjadinya radang dan alergi, mengurangkan tekanan darah tinggi

sesiapa yang tak pernah mencuba dan jakun macam saya boleh la cuba.. bukan susah pun campak2 jek bahan2 tu.. makanan sihat uolls.. ikutlah kreativiti dan citarasa masing2 nak bubuh apa dalam jar tu.. saya tak ada madu kat rumah cuma ada madu campuran jadi tak bubuh madu.. kalau ada kekacang pun boleh jek sumbat.. konfem sedap dan menyihatkan..

selamat mencuba! Winking smile

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!