Anniversary

Anniversary Lunch Treat @ Wadihana Islamic Steakhouse, UDA Business Centre

Monday, October 20, 2014

cerita semalam yang indah. ecehhhhhhh~
oleh kerana ummi kebizian dengan bengkel babywearing 101 hari sabtu. jadi anniversary celebration kami disambut lewat sehari. dah jadi rutin, time anniversary mesti nak makan luar dengan hero2. hehe.

tempat pilihan.
of course ummi la yang tukang cari port makan tu.
kalau tanya babah nanti dia tanya ummi balik nak makan kat mana. hehe.

memandangkan memang tak pernah mencuba kat sini.
jadi ummi pilih.

"Wadihana Islamic Steakhouse, UDA Business Centre"

"babah tanya kat mana tu?"
"alah dekat depan jeruk Pak Ali jek dekakt dengan Bakar Bakar Steamboat & Grill House"

awal pagi ummi settlekan check kat Klinik Desa Paya Mengkuang.
balik rumah ilham syok sambung tidur.
sementara dia tidur tu sempatlah update blog bagai.
pukul 1 baru mamat tu bangun saat perut ummi dah berdendang dondang.
lepas zohor siap2 terus ke sana.

taraaaaaa.. dah sampai.


20141019_160301



Alamat:
2, Jalan Padi Emas 2/5, Bandar Baru UDA Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

Telefon:
+011-2102 6616 En. Syazrin)

Email: info@wadihana.org

Web: www.wadihana.org


20141019_150858


20141019_150911

macam  biasa mamarazzi. snap sana sini.

20141019_150816

waiter sampai bagi list of menu.

20141019_150101


haaaaaa.
sebelum memilih menu. sila berkenalan dengan jenis2 daging lembu. hehehe
"Know your meat!!" huh baru ku tahu bahagian2 ini semua :p



20141019_150138


dah kenal meat. jom berkenalan dengan sos2. hehehe.
ni antara menu2 yang ada. saja snap2 tak ada kerja.

appetizer..

20141019_150112


creamy mushroom cheese toast. baru tengok dah tergoda. jadi termasuklah dalam list order ummi ilham.

main course..


20141019_151707

grilled lamb chop. nampak menarik sekali kan. tapi bukan pilihan ummi ilham, ianya pilihan babah ilham.


steak..


20141019_151734


pilihan ummi ilham, grilled rib eye steak RM28.90



20141019_150259

whole lobster. rupa sangat menarik tertarik. RM69 tak silapnya satu set. tapi macam serabut pulak nak makan seafood campur steak. hehehe.


20141019_150312

aneka pizza.


20141019_150331

kids menu.


20141019_150421

burger & sandwich.
ilham kata nak burger daging. jadi ummi orderkan WISH Beef Burger RM15.90


20141019_150440


aneka pasta.
ni jek menu yang sempat di snap. nak tengok lagi sila terjah sana. hehehe.

sementara menunggu makanan sampai.
jom kita snap muka tiga beranak yang kelaparan.


20141019_150611


babah yang tengah praktis pakai contact lense. hahaha.
1 nov ada tournament volleyball, dia tak nak pakai spec jadi tengah berlatih pakai lense. hehe.


20141019_150621

ni budak tak sabar2 nak tunggu burger daging sampai.


20141019_150637

ummi ajak bergambar pun dia tak layan. cesss~


20141019_150750


air ummi dan babah. ice lemon tea. boleh refill.
ilham macam biasalah bekalan air masak dari rumah tak boleh miss.
itu pun beriya curi2 minum air ummi.


20141019_151356

creamy mushroom cheese toast RM12.90 tak silapnya.
rasa memang sedap uolls. mantop! rasa nak tambah lagi sepinggan :p


20141019_151823

tak sampai 5 minit. licin. hahaha.


20141019_152234

grilled lamb chop babah. RM28.90 kalau tak silap lagi. hehehe. terlupa snap harga. ohhh babah ada additional order, nasi pilaf.


20141019_152217

grilled rib eye steak ummi yang punyaaaaaaaa.


20141019_151923


jeng3.
WISH Beef Burger ilham syahmi yang punya.
manja ngengada suruh ummi yang suapkan.
jagung ummi pun dia bedal.


20141019_155818
man to man talk after perut kenyang nak meletop. hehehe.
apa entah yang dibebelkan si ilham tu.


20141019_155827

lepas tu dengki gigit baju babah.


20141019_155842

sementara dua beranak tu bergurau senda. ummi ilham dah tersadai kekenyangan.
rasa terseliuh rongga mulut mengunyah. haha.

review dari kami:

keseluruhan makanan sedap dan sangat berpuas hati berpatutanlah dengan harganya kan. servis boleh tahan la. mula2 rasa lambat. tapi bila satu makanan dah sampai, bertalu2 makanan lain sampai. air ice lemon tea tu kata babah ilham yang refill lagi sedap hehehe. yang 1st punya air tak berapa ummpphh. hehe. jangan marah tokey. memang recommended la kat sini. suasana dalam restoran pun tenang2 jek. yang saya nampak kat sini tak ada staff perempuan. memang semua staff lelaki kot. tanya ilham sedap tak burger daging.. "sedap omi" kata dia. itu review dari budak kecil la kan. hehehe. next time boleh cuba lagi. nak cuba lobster pulak ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!