assalamualaikum..  ;)

dalam entry lepas saya ada bagitau
MGTT Yang Kantoi Menyebabkan BSP
jadinya, hari Ahad lepas gigih la ummi ilham jadi pengunjung setia Klinik Desa Paya Mengkuang.


20141102_082543


pagi yang tak berapa nak pagi mak dah terpacak kat KDPM.

sesi 1 - 8.30am
sesi 2 - 11.30am
sesi 3 - 5.30pm
sesi 4 - 8.30pm

sila bertabah! ;)


20141102_082815


sesi pertama kak ros tengah prepare bahan2.
bahan2 kata dia :p

macam biasa nurse akan cucuk hujung jari untuk keluarkan darah.
dan macam biasa jugalah ummi ilham ter"opocot" tanjat gegel.
bila dah keluar darah, baru nurse masukkan ke dalam meter bacaan gula dalam darah tu.

dan hasilnya.

20141102_082845

untuk sesi pertama 5.0mmol/L

mmol/L = millimoles per liter


lepas settled sesi pertama, sila cepat2 ambil sarapan ye.
sebabnya, 2 jam sebelum setiap next session kita tidak dibenarkan makan atau minum.

next sesi kedua jam 11.30am


20141102_112427

untuk sesi kedua 6.2mmol/L

agak tinggi sikit.
sepatutnya tak boleh lebih dari 6.
puncanya, saya pergi tapau mee udang dan memakan masa yang lama.
jadi breakfast dan lebih 9.30am.

balik rumah masak siap2.
makan seawal 12.30pm. awallah sangat :p
untuk mengelakkan kita asyik makan.
dalam pukul 2pm tu eloklah kita melabuhkan tirai sekejap ekeke.


next sesi ketiga jam 5.30pm


20141102_173109

untuk sesi ketiga 4.7mmol/L


balik rumah berdezup lagi makan cepat2 tak nak lebih dari 6.30pm
babah dan ilham makan sekali.

pukul 8.25pm bergegas lagi ke klinik ditemani body guard kecil ummi.
dia pula yang menjerit takut tengok jari ummi kena cucuk.
siap cakap, "isham tak nak mi" hehehe cuak tengok jari ummi berdarah.

dan hasil yang terakhir.


20141102_203616

untuk sesi keempat 5.5mmol/L


untuk sesi ke 2 - 4 mak pah yang handle.
pelik juga dia saya siap snap gambar bagai.
saya bagitau nak masukkan dalam blog ekekeke.

result keseluruhan.


20141102_220145


sesi 1 - 5.0mmol/L
sesi 2 - 6.2mmol/L
sesi 3 - 4.7mmol/L
sesi 4 - 5.5mmol/L


bila sesi BSP dah settled.
jangan lupa esok pagi bertandang ke Klinik Kesihatan Gelang Patah.


20141103_074557


bajet2 time dapatlah nombor bawah 10.
sekali sampai dapat nombor 14 daaaa.
lepas timbang2, check tekanan darah saya diarahkan ke bilik nombor 7.
untuk sesi menyedut darah lagi.
ujian 3 bulan sekali yang perlu diambil untuk check kandungan gula.
nama saintifik mak lupa :p


20141103_085505


lengan kiri kanan dah lebam akibat MGTT.
jadi dengan relanya bagi nurse cucuk tangan yang berurat gelembung ni.
adoiii sakit!

tak lama juga menunggu (ayat sedapkan hati)
dalam pukul 9 lebih sampailah turn saya.


20141103_124952


Hb ok 11.8
berat 61kg maintain jek tapi kalau ikut rekod bukan lepas 61.8kg
tekanan darah 100/70
lain2 tu nota2 doktor untuk pregnancy history saya.
tapi doktor tersilap dengar tu.
arwah syakir bukan "cord round neck"
dia sekadar berpintal jek.

scan baby semua ok.
dah tak obliged macam bulan lepas. alhamdulillah.
tengah aktif masa doktor scan.

sekali doktor bagi plan dia daaaaaa.
beratur appointment lepas ni.


20141103_124909


16/11/14 - sila buat BSP kedua ye ummi
17/11/14 - sila beratur ambil nombor jumpa doktor KKGP
24/11/14 - sila refer Dietitian KKGP ~ dapat jadual diet lagi
26/11/14 - sila refer doktor pakar HSA (SCOG)


20141103_124929


haaa tu form untuk refer Dietitian.
harap2 encik sweet pee janganlah mendampingi ummi ilham lagi ye.
especially lepas bersalin nanti. takmo. takmo.
ummi ilham sila makan secara berhemah.
selamat menjadi pengunjung setia klinik ;)