GDM

Pregnancy | Menu & Jadual Makan Ibu Mengandung Yang Mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

Monday, November 24, 2014

as mentioned in my previous entry,

hari ni kena jumpa Pakar Pemakanan Di Klinik Kesihatan Gelang Patah.

sebelum ni masa ilham pun pernah juga kena jumpa dietitian sekali.

tapi kat HSA. alhamdulillah kali ni dekat jek kat sini.

esok BSP kali ketiga pulak, lusa menyusul SCOG kat HSA.

tambahlah wahai hati dan badan.

baby jangan noty2 ye.

oklah saya copy semula menu2 untuk ibu2 hamil GDM.

untuk pesakit diabetes juga, semoga bermanfaat.

 

20141124_145606

 

Menu & Jadual Makan Ibu Mengandung Yang Mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM) & Pesakit Diabetes

 

Waktu Makan

Menu

Kuantiti Hidangan

 

Sarapan pagi
7.30 pagi

 

Roti mil penuh/ idli/putu mayam

ATAU

Nasi/ bee hoon/ mee/ kuetiau/ makaroni

ATAU

Thosai/ capati

ATAU

Oat dan
Susu rendah lemak

 

2 keping



2 senduk rata



1 keping



6 sudu makan
3-4 sudu makan

 

 

Minum pagi
10 pagi

 

Biskut krim kraker ATAU
Kuih tidak manis ATAU
Roti mil penuh ATAU
Susu rendah lemak

 

 

3 keping
1 biji
1 keping
3 sudu makan

 

Makan Tengahari
1  tengahari

 

Nasi/ bee hoon/ mee/ kuetiau/ makaroni ATAU
Capati ATAU
Roti mil penuh ATAU
+ ikan/ ayam
+ sayur

+ buah

 

2 senduk rata/ 1 cawan
1 keping
2 keping
1 keping/ 1 ketul
1-1 1/2 cawan/ sama banyak dengan nasi /mee
1 potong/ biji

 

 

Minum petang
4 petang

 

Biskut krim kraker ATAU
Kuih tidak manis ATAU
Roti mil penuh ATAU
Susu rendah lemak

 

3 keping
1 biji
1 keping
3 sudu makan

 

 

Makan malam
8 malam

 

Nasi/ bee hoon/ mee/ kuetiau/ makaroni ATAU
Capati ATAU
Roti mil penuh ATAU
+ ikan/ ayam
+ sayur

+ buah

 

2 senduk rata/ 1 cawan
1 keping
2 keping
1 keping/ 1 ketul
1-1 1/2 cawan/ sama banyak dengan nasi /mee
1 potong/ biji

 

 

Minum malam
10 malam

 

Biskut krim kraker ATAU
Roti mil penuh ATAU
Susu rendah lemak

 

3 keping
1 keping
3 sudu makan

 

TIPS PENTING:

  • Makan pada waktu yang tetap setiap hari untuk mengelakkan makan pada kuantiti yang banyak jika makan pada lewat waktu.
  • Tidak digalakkan mengambil buah-buahan semasa snek (minum pagi atau petang)
  • Pesakit diabetes perlu mengambil makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran berdaun hijau terurama semasa mengambil sumber karbohidrat (nasi/ mee/ roti) untuk kawalan paras gula yang lebih baik.

 

kena soal siasat dengan dietitian apa menu saya sepanjang hari.

bila saya bagitau yang saya ambil roti wholegrain, dietitian tu suruh ambil jek nasi macam biasa.

cuma kuantiti silalah follow kuantiti di atas.

banyakkan sayur-sayuran.

baiklah saya ikut kata puan ye.

 

untuk ibu2 di luar sana, berhati2lah dengan pemakanan yang diambil sepanjang hamil.

walaupun tak ada family history pesakit diabetes kan.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!