Pregnancy

Pregnancy | Nak Buat Ultrasound? Poliklinik Rozikin Pilihan Saya ;)

Wednesday, November 05, 2014

**hari ni duk share cerita pregnancy jek ek. hehehe. takpelah sharing is caring.

malam ni nak share klinik kegemaran ummi ilham.
biasanya time pregnant saya refer ke Pusat Pakar Perbidanan Khor & Loh, Taman Nusa Bestari.

tapi kali ni saya just refer dengan Dr. Noraini Kassim, Poliklinik Rozikin, Taman Nusantara selain dari taat setia kepada Klinik Desa Paya Mengkuang Dan Klinik Kesihatan Gelang Patah ;)


poliklinik rozikin nusantara


gambar dari google plus klinik hehe.


20140925_154153


kenapa saya suka klinik ni?

of course lah sebab doktornya yang super best.
ye betul memang kami suami isteri puji cara layanan doktor ni.
consultation memang tip top.
medical terms yang kita tak tahu pun dia terangkan details.
dengan lemah lembut gaya Dr. Noraini ni saya rasa boleh hilang penyakit pesakit. hehe.

serious first time saya scan baby masa nak dapatkan second opinion kehilangan syakir.
saya jumpa Dr. Noraini. bila dia tenangkan saya yang tengah bersedih.
saya rasa sangat2 membantu emosi saya pada masa tu.
that's why saya tak ragu nak check up kat sini.
cuma sayangnya Dr. Noraini tak ambil monthly pregnancy check up.
saya ke sini just untuk buat ultrasound tapi itu pun berbaloi sebab still dapat consultation dari dia.
memang sangat2 membantu.


20140925_154413


siapa2 nak buat ultrasound boleh cuba di sini, harganya macam kat bawah tu ye.


  • 2D - RM40
  • 3D - RM55
  • 4D - RM75
  • Scan rahim, ovari,fibroid dan cyst - RM30-35
  • Pap smear - RM35
  • Pap smear + pemeriksaan payudara + pelvic scan - RM58


IMG-20141103-WA0009


last month check up.
khusyuk ummi dengar Dr. Noraini explain satu2 bahagian baby.


20141029_075734 (1)


ni hasil scan adik baby ilham.
bila scan kat sini EDD 11 Febuari 2015.
tengah birth date antara babah dan arwah nenek.
babah 9 Feb, arwah nenek 13 Feb.
kita tunggu je lah ye bila adik baby nak keluar.
tak sabar nak buat scan 4D :p
harap2 semuanya dipermudahkan.

untuk yang nak buat ultrasound.
saya syorkan buat kat sini.
psttt.. ini bukan advertorial post hehehe.


p/s kalaulah Dr. Noraini terbaca blog saya ni, ni saya nak pesan.. doktor buatlah monthly pregnancy check up.. kalau doktor buat memang dengan doktor jek saya refer.. hehehe.. fikir2kan ye doktor.. next baby saya cari doktor lagi :p

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!