My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Pregnancy | Persediaan Membasuh Pakaian Bayi Part 1

Tuesday, November 11, 2014

projek ahad ummi ilham.
projek apa?
projek membasuh baju2 baby abang ilham dan abang syakir.

20141109_130342
ni baju2, barut, kain bedung, mittens & booties arwah syakir yang sempat beli tapi tak sempat pakai.
nampaknya insyaAllah akan jadi rezeki adik baby.
memang Allah dah gerakkan hati ummi dan babah, tak nak excited sangat bershopping masa tu kan.
jadi memang beli tak banyak pun.

shopping untuk adik baby ni pun tak start lagi.
maybe dalam masa terdekat, tak nak excited sangat.
macam biasa ummi akan standby list barang2 keperluan untuk baby dulu.
senang nak monitor belanja.
yang mana dah ada, tak payah la belikan.
baju2 abang ilham pun banyak yang elok2 lagi.
ada separuh dah bagi sedara pakai je yang masih ada.

20141109_134445
sibuk ummi membelek baju2 ni.
abang ilham pun sibuk juga nak menempel.

"omi nak buat apa ni? sepah lah.. cepat kemas"

hamboiiiii dia pula berleterkan ummi.
dia menyepah mainan kat depan tv tak pe eh. ciss.
cari gaduh budak kecik ni tau :p

"ummi nak basuh baju adik baby lah"

"eh.. ni baju isham la mi"

"ye la.. ni dulu baju ilham, ilham dah besar dah tak muat, jadi bagi la kat adik baby pulak"

"ooooo.. macam tu"

ni le dialog dua beranak di petang ahad.

20141109_134731

"isham nak pakai ni boleh?"

"ilham nak pakai apa?"

sambil ambil mitten satu, nak pakai kat kaki hokkay.
habis la kembang mitten adik oii.
kaki awak tu dah besar walaupun tak besar mana.
konfemlah kembang getah tu kang.

lepas ummi tak bagi pakai mitten.
dia ambil baby hat pulak.

20141109_134534
"ommi.. isham enshem?"

siap suruh ummi snap gambar dia.

"ye.. hensem sangat"

lari pulak cari babah.

"babah.. isham enshem"

gelak babah tengok dia berangan nak jadi baby.
akhir2 ni memang datang hangin dia nak jadi baby.
asyik sebut dia tu "baby isham".
lepas tu buat gaya, merengek2 baby tu.
alahai ilham mesti dia dah terasa nanti adik baby keluar mesti dia kurang dapat perhatian.
sian la hai anak ummi.

eh ni nak story pasal basuh baju ke pasal abang ilham :p
biasa la kan kalau ummi ilham dah membebel.

gali2 laci.
alhamdulillah terjumpa juga akhirnya pouch yang ghaib.

20141109_134753
the one and only baby carrier yang sempat dibeli masa ilham baby kat bengkel babywearing.
pakai pun beberapa kali jek kat rumah sebab ilham ngada2 tak nak.
harap2 boleh guna untuk adik baby nanti sebelum ummi cuci poket beli ring sling :p

ok baju2 dah siap kumpul.
moh le kita memutar mesin.

20141109_194226
untuk round pertama ni.
satu kali load jek.
tak cuci beriya pun tak kotorkan.
rendam jek letak sesudu pencuci fabrik Fresh Laundry Shaklee sental2 sikit dan biarkan.
malam baru bilas dan spin.

20141109_213334
ok dah siap pun spin.
silalah menyidai ye ummi.

nanti dah siap2 shopping lagi apa yang patut, baru la muncul entry part 2 ye. hehe.
esok genap usia kandungan ummi 28 minggu/ 7 bulan.
semoga Allah permudahkan urusan 12 minggu terakhir ni.
kecil besar juga hati ni, arwah syakir dulu 7 bulan seminggu je bertahan dalam perut ummi.
apa  yang mampu doa, tawakkal dan redho.
mudah2an kali ni rezeki kami insyaAllah.
andai bukan rezeki, percayalah Allah adalah perancang terbaik untuk kami.

doakan adik baby ilham sihat dan selamat dilahirkan sampai masanya nanti ye :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!