Adik²

Semalam Di Rumah Mommy Ngah

Monday, November 24, 2014

cerita minggu lepas.
sejak mommy ngah pindah kami memang belum menjengah lagi.
jadi kebetulan babah cuti sabtu ahad.
haruslah rebut peluangkan.
malam sabtu lepas babah balik kerja terus bergegas ke parit raja.
nak tidur rumah mommy ngah.

dalam perjalanan tu budak cenonit ni syok tidur.
bila dah sampai rumah mommy ngah mata dia segar bugar.
ummi dengan babah yang dah mengantuk ni diajaknya berjaga dengan dia.
adoiii la hai.. tak mampu nak tahan mata.
rupanya dia berjaga sesorang tengok kartun.

10805580_10204724396257430_2691536898398197629_n
sudahnya pagi, dia paling lambat bangun.
macam tak boleh nak celik mata ni ha.

20141115_105608
mommy ngah buat breakfast mee hoon goreng dan penaram udang pepai.
yaaaa aaaa auwwww. sedap. dah lama tak makan penaram.
tengahari pulak masak lauk sedap.
asam pedas ikan sembilang, celur pucuk ubi.
gambar tak sempat snap sebab terkocoh kacah makan.
nak bersiap ke rumah pengantin geng volleyball babah kat Peserai.
yang penting macam biasa la kan asam pedas mommy ngah mantop.

nahhh.. ni kami sempat bergambar dengan pengantin.
first time sampai “Kampung Gombak” kat Peserai ni.
baru tahu kat Batu Pahat pun ada Gombak ye. hehehe.

20141115_153554

Selamat pengantin baru Haida & suami.

lepas balik dari rumah pengantin, terus balik  Senggarang rumah Atok Tipah.
mula2 sampai ilham jual mahal. dah berapa bulan tak jumpa atok kan.
tapi bila nak balik malam tu, nangis pulak tak nak balik.
nak duduk rumah atok kata dia.
next time kita bermalam kat rumah atok ye.
kali ni tak boleh sebab ummi nak menghadap BSP hari ahad.
sebelum balik Gelang Patah malam tu sempat dinner kat Warung Sup Gearbox Kahar.
lama gila tak ke sana kan. dinner dengan mommy ngah dan daddy ngah sekali.
dah kenyang perut baru balik rumah.
itu je cerita kami.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!