Confinement

Koleksi Buku Panduan & Menu Berpantang

Wednesday, December 17, 2014

saja nak share. koleksi buku2 panduan berpantang yang saya ada. mungkin dapat membantu ibu2 yang nak mencari bahan rujukan.
maklumlah, kita ni mak dah tak ada, mak mertua kat batu pahat. macam jauh sangatlah kan. hehehe. jadi kena lah standby ilmu2 di dada.
ok jom tengok.

20141209_204104

Kompilasi Hidangan Berpantang
oleh Chef Nor Asmawati Nor Din

buku ni dah lama beli, masa berpantang ilham kot. resepinya ada yang ikut ada yang tak. sebab hari2 pun adik2 saya masak sedap2 menu berpantang. tak payah tengok buku resepi Winking smile


Sinopsis:

Berpantang selepas melahirkan ialah perkara yang tidak boleh dilakukan atau tidak makan sesuautu yang memudaratkan kesihatan. Bagi wanita Melayu, jangka masa berpantang diperuntukan selama 44 hari. 

Selain amalan yang diwarisi daripada nenek moyang dilakukan seperti berurut, mandi herba, mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis dan bertasak, pemakanan juga perlu dijaga. 

Buku Kompilasi Hidangan Berpantang ini memberi pilihan resepi kepada wanita yang melahirkan untuk menikmati masakan yang menyembuhkan luka dengan cepat, tidak memudaratkan kesihatan dan menyihatkan. Antara makanan yang digalakkan pengambilannya ialah ulam-ulaman, lada hitam, serai, halia, ikan haruan, peria, manjakani dan sebagainya. 

Resepi-resipi di dalam buku ini disediakan untuk wanita berpantang yang mementingkan penjagaan tubuh sama ada untuk dalama atau luaran. Ia sekadar cadangan dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Semoga dengan amalan pemakanan yang diberi perhatian, badan yang sihatseperti sediakala diperolehi semula.

20141209_204129
Susahnya Mudahnya Berpantang Bersama Muslim Cottage

20141216_213335
Sinopsis:
Buku ini mengetengahkan panduan pemakanan yang sihat dan bergizi sesuai dengan keperluan wanita berpantang. Konsep tabiat pemakanan yangsihat adalah sangat ditekankan mengikut saranan tradisional dan pada masa yang sama selari dengan pemakanan moden.

Disamping menu-menu yang menarik yang mungkin jarang didedahkan dalam mana-mana resepi berpantang, turut diselitkan khasiat dan nilai herba dari sudut perubatan. Penulis juga menyediakan lampiran jadual yang boleh diisi untuk rekod kesihatan keluarga berkenaan pemakanan dan perkembangan kesihatan.

Paling istimewa, terdapat beberapa petua diselitkan untuk para pembaca amalkan. Semoga isi kandungan buku ini dimanfaatkan sepenuhnya.

20141209_204140
Resepi Ibu Berpantang
oleh Chef Fazalina

Antara resepi-resepi yang terdapat dalam buku ini:
  • Kerabu Pegaga
  • Sup Ikan Haruan
  • Ikan Bilis Lada Hitam
  • Ikan Haruan Masak Lada Hitam
  • Singgang Ikan
  • Peria Katak Masak Asam
  • Ayam Kampung Masak Selasih
  • Roti Bakar Kasih Ayah
  • Sandwich Mama
  • Daging Bakar Lada Hitam
  • Salad Buah-buahan
  • Talam Berempah
  • Botok Pucuk Ulaman dengan Ikan Ternggiri
  • Ayam Kampung Rendang Ibu
  • Bening Ikan Bilis
  • Brokoli Kukus dengan Isi Tenggiri
  • Salad Daging Bakar
  • Nasi Ulam Mudah
  • Sup Tomato dengan Roti Bawang Putih Bakar
  • Ayam Kukus Halia
  • Dada Ayam Bakar Herba Bermadu
  • Ikan Merah Kukus
  • Ikan Haruan Bakar
bila baca menu2 ni, rasa macam ada yang saya tak sentuh pun masa pantang. hehehe. tak pernah pulak buat sandwich time pantang hehe. saya lauk biasa2 jek. singgang, sup, ikan bilis lada hitam, fuhhhhh sedap gilossss. tak sabar nak makan lauk pantang Smile

nanti saya share gambar2 lauk berpantang saya yang lepas2 ye. sempat jek snap. tapi tak sempat cerita kat blog. busy sangat lah konon ekeke.
ok itu je nak share. bolehlah dapatkan buku2 ni kat mana2 kedai buku ye. saya beli dengan kawan dan satu tu beli kat PTS Book cafe masa sales last month. apa lagi cepat dapatkan bahan rujukan anda Winking smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!