Foods Review

Foods Review | Kerepek Ngarku @ Sengkuang Cina Yang Sedap Buatan Puan Fadillah :)

Monday, January 05, 2015

selagi belum bersalin, kita tunaikan hajat tekak ye. hehehe.

dari tahun lepas saya nak merasa ex-classmate saya masa di UiTM London Lendu, Melaka punya kerepek ngarku ni tapi tak kesampaian.

tahun ni, memandangkan tengah membuyong ni, harus beli. nanti ngeces tengok orang makan haha. memang sebelum ni tak pernah makan pun. nama ngarku tu pun tak pernah dengar. jakun hek. rupanya sengkuang cina eh. wujud time musim raya cina je katanya sengkuang ni. dalam bahasa omputihnya pula dipanggil, arrowhead. tak tahu pulak glamer dibuat kerepek. jakun kuasa 2!

ordernya last week, tadi petang baru despatch bagitau dah sampai. guna address office kalau kat rumah lagi leceh tak ada orang kang kena tuntut kat post office pulak kan.

dapat jek parcel, terus gigih membuka kotak sementara menunggu babah ilham sampai. buka terus rasa. ya ampunnnnn. sedap gila rupanya. nasib baik tak gila. hahaha. terus snap gambar dan send kat group ex-BCA UiTM Melaka. hehehe.

 

10888457_10204669305484770_3792585822692212230_n

 

caption sangat teruja hokkay. hehe. lupa niat kedua nak beli sebab ilham suka kerepek. jadi belikan untuk dia sekali. hehe. ummi mudah lupa! :p

 

20150105_180614

 

rasanya kalau lagi lambat babah ilham sampai, mahu terbuka botol kedua. syokkk wooooo.. sedap lemak2 gitukan.

nasib baik baik jeling keluar, babah ilham dah sampai rupanya. ekeke.

 

20150105_181855

 

masuk kereta babah join makan sekali. nyum3. sedap3. jeling botol dah tinggal segini. hahaha. dasyat penangan kerepek ngarku si didie ni. hehehe. terus insaf kejap. teringat ilham. don’t worry ilham ada sebalang lagi tu. ummi tak zalim ekeke.

kalau teringin nak merasa keenakan kerepek ngarku yang bermusim ni. bolehlah order dengan kawan saya ye.
boleh jengah FB beliau. dia tengah syok mengarku dibantu encik suami tu.

Puan Fadillah Abdul Hamid aka Didie (013-3888616)
https://www.facebook.com/fadillah.a.hamid
COD area Skudai.
nak pos pun tak ada masalah.

alhamdulillah kerepek ngarku yang saya terima masih elok tak ada pecah2 walaupun dipos. macam jauh sangat nak berpos2 bagai :p

lega tekak. dapat juga merasa sebelum bersalin. hehe. ummi yang nak makan, ummi tak salahkan adik baby pun tau. jujur tak? ngeh3.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!