Throwback | Cerita Abang Ilham & Rota Virus
ohoooo.. langit tak selalunya cerah. adakalanya gerimis mengundang.
ecehhhh ayat nak macam seniman jalanan la pulak kan.
sehari semalam jek kami dapat bersuka ria bergolek2 di katil sendiri. esoknya 21 jan, tetiba malam tu ilham kena cirit birit muntah2. ya Allah sampai lembik dah badan dia. makan pun tak lalu. minum air masak pun keluar semula. apa lagi, siangnya kami bergegas ke hospital semula.

kesian abang ilham. toye habis.
semua nak dengan babah. ummi pun larat tak larat jek nak handle.
kena cucuk lagilah tangan tu nampaknya. meraung tetap meraung. babah yang handle juga sebab ummi takut join ilham nangis sekali. dr. azhar nak ambil sample najis, nak tengok apa puncanya.
lepas settle terus kena tahan wad semula. memang dah standby dah baju2 segala. hmmmm sambung lagi percutian indah aman damai di CAH.
lepas masuk air, bertenaga sikitlah abang ilham.
boring tengok tv dia layan youtube, tengoklah pocoyo la.. dibo la..
makan tak berapa selera, makan roti kosong jek la sikit2.
lepas makan tertidur. sebelum tidur request nak roti canai papacu. aduhaii perut awak dah la belum sihat sepenuhnya. mana boleh makan macam2.
bangun dari tidur rezeki dia mamcu datang bawak roti canai. memang banyak dia makan. maklumlah orang tak ada selera. sekali tengah makan dr.azhar datang wad. hahaha kantoi ummi bagi makan makanan berminyak kat ilham.
toye jek muka abang ilham. muka ummi lagilah. sakit wooo pinggang tidur berhempit dua beranak. eh tiga la adik syamil sekali kat dalam.
bila tengok dia tidur melepek gini alahai sedih hati. nasib awak ilham. rupanya doktor kata dia dapat jangkitan rota virus dari jiran katil sebelah. tak pun masa dia berjalan2 meronda wad kanak2. aduhai. mangsa keadaan.
auntie salwa bawakkan donut dia buat menyombong tak nak makan. sekali orang dah balik dia makan juga akhirnya.
nak tidur berkepit jek dengan ummi. betul2 dia gunakan waktu2 terakhir nak bermanja sorang2 dengan ummi babah. sian ilham. ada adik pun nanti ummi tak asingkan ilham lah.
ilham pun boring.. balik2 makan ubat.. tengok tv.. main games.. ummi babah lagilah ilham. sabar jek lah kita anak beranak ye. sabar itukan indah.
mami ngah dari parit raja datang buatkan donut. mood tak baik. makan gula jek. donut cuit2 sikit.
petang babah bawa dia ronda2 kesian keboringan.
muka orang sakit yang dah ceria.
hari terakhir setelah 3 malam berkampung semula di hospital. sempat juga doktor arahkan nurse tukarkan kami ke bilik lain tapi still kat isolation room sebab bilik kami tu ada patient dewasa pulak nak masuk. dicampaknya kami ke bilik budak rota virus juga. diskas2 dengan babah, tengok ilham dah ok jek. mintak izin doktor nak discharge. alhamdulillah doktor pun setuju, petang tu kami balik.
nurse nak bukak drip dan tag nama dia. dia menangis tak nak. sayang agaknya nak buat kenangan. hehe. kata babah ilham macam ummi suka simpan buruk barak. hahaha.
ya Allah lega sangat2 dapat balik. 7 hari 6 malam ditambah dengan 3 hari 2 malam. superb vacation hahaha. tak pasal2 ummi cuti bersalin lebih awal. boss bagi green light cuti awal jaga anak. alhamdulillah. ya Allah jauhkanlah virus ni dari berkawan dengan ilham lagi.
tunggu next story dugaan buat kami :)
jom baca info rota virus.tunggu next story dugaan buat kami :)
Apa Itu Rota Virus?
Apa itu jangkitan Rotavirus?
Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. Berita terkini di Malaysia, 2 mangsa telah meninggal dunia di Tapah, Perak kerana dijangkiti oleh Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).
Apa Itu Rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
Cirit birit berlarutan
Muntah berterusan
Sakit perut
Demam dan selsema
Bau najis terlalu busuk
Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.
Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
Temui doktor jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah
Cara Mencegah Wabak Rotavirus
- masak air sebelum di minum
- basuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan
- bila ke tandas pun sama, jangan lupa basuh tangan sebelum dan selepas ke tandas
- kalau boleh elakkan makan ulaman yang tidak di masak.. rebus dulu k..
- masak dengan sempurna
- bersihkan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus dulu sebelum digunakan..
2 Comments
Yg ni die bru lpas bedah tonsil kan?da boleh mkn roti canai ke?
ReplyDeleteikutkan memng tak boleh.. tapi dia tak nak makan lain..eskrem vanilla lagi la dia tak layan..bubur pun sama..tawakkal jek lah..terkantoi pulak tu dengan doktor :p
DeleteThanks 4 ur comment.. peace!