Info Susu Ibu

Breastfeeding | Rezeki Titisan Emas

Wednesday, May 20, 2015

**entry ini berkaitan dengan breastfeeding journey saya.. dan perkongsian ilmu untuk ibu2 yang memerlukan.. tiada apa2 niat lain.. sekiranya anda tidak selesa dengan gambar2 yang ada sila klik [X] :)

saja berkongsi pengalaman menyusukan kali kedua. baru dua kali je pun kan. tapi alhamdulillah kejayaan kali pertama membuatkan saya bertambah2 bersemangat untuk kali kedua.

macam biasa di office, saya akan berusaha untuk mengepam susu untuk bekalan syamil keesokan harinya. andai kata ada rezeki lebih saya akan frozenkan untuk jadi back up saat getir eceeeewahhh.
2012-09-11-13.33.20
gambar recyle lagi. pam manual unimom mezzo ni masih lagi setia berkhidmat. walaupun tapak dan bonggol bulat tu tak pasti kemana. rasanya dah jadi permainan abang ilham hehe. spectra 3 walaupun dah cuba dibaik pulih oleh babah, tapi tetap belum dapat berkhidmat sebabnya ummi tak ingat mana letak aksesori s3 yang lain ngeeeee~

di office, buat masa ni dapat 2 sesi pam sahaja (pagi dan petang). tapi saya akan cover semula bila di rumah sama ada saya pam kedua2 belah atau tandem dengan syamil. sebelah pam sebelah lagi menyusukan syamil. tak pun malam saya curi2 masa mengepam kalau tak tertidur :p
20150407_142113
peralatan yang perlu dibawa ke hulu ke hilir. port mengepam saya seperti biasa dalam pantry. syukur pantry di office boleh berpintu dan boleh dikunci.

cooler bag pink masih berjasa, membawa pam manual, ice pack, 4-5 storage bottles, gunting, masking tape, permanent marker. tiada dalam gambar, storage plastic untuk stock lebihan yang akan dibekukan. storage bottle saya guna jenama bumble bee dan autumnz. storage plastic pula jenama autumnz dan jingle jungle.

selepas mengepam saya akan labelkan setiap botol dengan tarikh dan masa mengepam. senang untuk rujukan kita bila dibekukan expired date nanti.
20150407_142152
untuk gambaran lebih jelas. tarikh dan masa mengepam yang saya tulis pada masking tape. saya guna masking tape sebab bila dikopek tak meninggalkan kesan pada tutup botol. saya tak suka guna sticker sebab akan melekat pada botol. tapi tak pastilah samaada saya yang kurang skill mencabut sticker ke apa hehehe.
20150407_142210
bekalan untuk ilham syamil setakat ni dalam 15-16oz sehari. sekali sesi menyusu 3oz. jadi untuk memudahkan opah, saya siap2 sukat susu 3oz sebotol. lepas siap pam saya akan menumpang dalam peti sejuk office.
201504142328001
sediakan sekali bekas tipuware ni untuk mengelakkan bau2 makanan lain meresap ke susu dan yang paling utama, saya tak nak mengganggu makanan kawan2 lain dalam peti sejuk. paling2 utama lagi saya tak nak menyesakkan mata pengguna peti sejuk lain. mana tahu ada yang tak selesa kewujudan susu saya dalam peti sejuk tu kan :)

sebelum balik saya akan masukkan hasil2 perahan hari tu ke dalam cooler bag beserta ice pack.
20150414232800
saya pengguna ice pack mom’s little ones. memang suka guna sebab berbeza dari ice pack lain. yang ni memang agak lama untuk cair. walaupun pada hakikatnya rumah saya dan office tak sejauh mana, hanya ambil masa 10 minit saja, tapi untuk langkah berjaga2 menjaga suhu susu saya tetap guna ice pack. maklumlah on the way balik kerja sebelum ke rumah baby sitter, saya akan singgah ke kedai membeli bahan mentah untuk masakan. jadi ice pack sangat2 berguna untuk menjaga suhu susu.

sampai rumah, macam biasa sekiranya hasil perahan melebihi 15oz, katakanlah dapat 18oz.. 6oz saya akan bekukan terus dalam freezer. dan selebihnya 12oz saya akan jadikan bekalan hari esok. baki lagi 3oz untuk cukupkan bekalan 15oz tu saya akan gunakan frozen ebm sedia ada. saya akan ikut konsep first in, first out. guna stok paling lama dulu ye. andaikata rezeki hanya 15oz, kadang saya tak bekukan langsung, semuanya saya jadikan bekalan esok hari.

itu saja perkongsian saya, harap2 membantu ibu2 yang bekerjaya. sama2 kita teruskan perjuangan menyusukan anak2 syurga. tuntutlah ilmu semampu boleh. macam yang saya pesan dalam entry lepas, menyusukan anak bagi ibu bekerjaya ni.. “nampak mudah, tapi bukan senang” :)
happy breastfeeding mommies!
untuk konsultasi penyusuan susu ibu, hubungi saya,
MBfPC

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!