My Hero Kechik - Ilham Syahmi

“Sayanggggg.. Sayanggggg.. Budak Anak Eham”

Wednesday, May 13, 2015

ini kisah abang ilham.
abang ilham kata dia sayang adik. (ni time mood jealous tak ada)

selalunya bila adik syamil nangis ummi akan berlari2 anak (exerciselah konon!) dapatkan adik syamil sambil sebut..

”sayanggggggg.. sayannnnnnngg anak ummi”

ini memang dialog biasalah.
masa ilham baby dulu pun ummi guna ayat ni.
tak sangka cik abang ni kopipes pula ayat ummi.

IMG-20150429-WA0130

bila adik syamil nangis ke berdengik2 sikit.
dia pun sibuk juga nak pujuk.
sambil cakap..

”sayangggggg.. sayannngggg budak anak eham”

bila ummi dengar lagi sekali.
rasa nak gelak pun ada.
amboi sejak bila syamil jadi anak awak.
suka hati dia jek kan.
bila ummi cakap ni adik ilham, dia kata bukanlah.
syamil budak anak eham.

sambil tu tepuk2 adik sambil mulut berzikir..

”La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah”
(tapi ada pelat2 sikitlah bunyinya)

IMG-20150429-WA0132

adik pun redho sambung tidur lena.

IMG-20150429-WA0135

harap2 abang ilham sayang adik syamil sepenuh hati ye.
ummi sayang anak2 ummi semua walaupun ummi tahu semuanya hanya pinjaman.
mudah2an Allah satukan hati2 kamu berdua.

kamus ilham:

dulu..
ilham syahmi = isham nami
ilham = isham


sekarang..
ilham = eham

atau “saya” untuk bahasakan diri dia.

perkataan2 lain agak jelas dan telus. terbaru tiba2 pandai sebut “kumbah”

”ummi saya nak kumbah mainan boleh tak?”

erkkk.. bila masa dia dengar ummi sebut kumbah hehehe.
sejak buang tonsil makin banyak perkataan keluar.
dulu tersangkut kat tonsil kot :p

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!