Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Inilah Rupanya Si “Ropa Daging”

Friday, June 12, 2015

sebelum bulan puasa, baik kita tayang dulu ropa.
nanti kalau tertayang siang ada pulak yang ngences kang hehe.

first time merasa ropa daging.
sekali pandang macam rupa popia tapi bukan popia.

20150528_064610

beli frozen dari puan norizan.
sebelum ni tak pernah tahu pun apa ropa ni.
tengok diorang duk ngorder, makcik teringin juga nak merasa.
jadi orderlah 4 bungkus.

20150528_064756

ni ropa yang sedang digoreng dalam kuali ajaib aka magic pan.
tak perlu balik2kan terlalu kerap sebab ropa mudah pecah.

20150528_065923

ropa yang dah siap digoreng.
saya goreng untuk babah ilham buat breakfast dan selebihnya ada la dalam 15 keping.
saya bawa ke office.
babah suka, sedap katanya.
saya pun suka memang sedap.
rasa daging tu ada pedas black pepper sikit.

20150528_071523

ini untuk orang2 kat office.
makcik kantin bawa khas untuk program RMT, Rancangan Makanan Tambahan. hikhikhik.

nanti boleh trylah buat ropa sendiri.
tapi tak tahulah bila menjadinya tu kan.
cita2 tu ada :p

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!