Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan 2015 – Day 10

Tuesday, June 30, 2015

menu ramadhan kami hari ke 10. simple2 jek. alhamdulillah kenyang anak beranak termasuk acu nuar. babah ajak acu nuar berbuka sama2 dengan kami.

menunya..

20150627_180542

kue tiaw goreng.. mee square kata ilham. suka hati la nak.

next.. ada durian tok ayah bagi. tanya babah nak makan serawa durian ke bubur kacang durian. babah pilih bubur kacang durian. maka terhasillah..

20150627_181444

bubur kacang durian ummi ilham.

RESEPI BUBUR KACANG DURIAN
credit resepi: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker...

next.. bukan air tangan ummi ilham.

20150627_180844

sup merah gearbox beli dengan miera adan. beli 2 set dibekalkan dengan 4 keping roti perancis. hehehe. sedap cukup rasa. boleh order lagi hehehe.

lastly, disulami air yang sedap dap dap..

20150627_185126

air limau asam boi. perghhhhh nyaman lalu ditekak. limau kasturi perah airnya dan blend kulitnya, campur air sejuk dan air gula tambah 15 biji asam boi. asam boi tu tak dan dah nak merebus dulu cincai jek sedap juga jadinya.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!