Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan 2015 - Day 7 & 8

Friday, June 26, 2015

RAMADHAN DAY 7
11008062_10206395431232260_4022709560089850845_n
tetiba terasa nak buat nasi lemak. maka balik kerja terus cari bahan2.
udang dan ayam memang dah ada kat rumah.
jadi beli aksesori dan bahan2 lain je la kan.

balik rumah dan masak siap2.
anak2 syurga stay rumah opah dulu.
kalau ambil awal maka nasi je jadi lemak tak de hahaha.

sejam bersilat kat dapur.
taraaaaaa.

resepi follow mat gebu la macam tahun lepas. hehehe.

RESEPI NASI LEMAK
credit to:
Mat Gebu

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK

4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit **pakai beras biasa jek yang ada kat rumah..beras feveret “mama love”6 cawan santan
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, belah 4
1 batang serai, dititik
1 inci halia, diketuk
4 ulas bawang putih, diketuk
1/2 camca teh halba Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS
2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca teh pes asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*
1 inci belacan*(*dikisar halus)
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
Telur rebus secukupnya, dibelah 2 **tak letak punHirisan timun secukupnya
Daun selom (optional)
Ikan goreng @ ayam goreng
Sambal tumis

**tambahan buat sambal tumis udang
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih, halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi masak anda boleh buat sambal tumis..
  2. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan). Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api…
  3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :- Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun, telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus seperti dalam gambar. Boleh hidangkan dengan baki bahan2 sampingan..

RAMADHAN DAY 8

20150625221502
menu ringkas semalam. tapi meja penuh sarat hahaha.

nasi putih ~ asam pedas ikan siakap ~ sayur bak choy sos tiram ~ repeat cekodok pisang (versi terpenyek hahaha) ~ tempe goreng cicah sambal kicap ~ kurma ~ performance drink ~ air durian belanda ~ air teh o

tambahan:
bubur lambuk PTP, bubur lambuk saujana, murtabak papa cu, kuih tako, otak2 (ni untuk budak kecik tak puasa tu punya)
20150625221633
nahhhhhhhhhhhhhhhh.. kantoi berbuka ikut waktu sabah. otak2 tu memang favourite ilham. ummi dan babah hanya mampu telan air liur jek. jangan harap dapat sekeping. kalau dia baik hati pun dia bagi la sepotong. cisssss.

alhamdulillah dah 8 hari berpuasa. hari ni kami akan berbuka bersama2 geng2 kelab sokongan penyusuan susu ibu johor. babah tak dapat join kerja malam. so babah buka sorang2. kesian babah.

ok babai!
Winking smile




You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!