Dari Dapur Hernee Nazir

Ramadhan 2015 - Day 1

Friday, June 19, 2015

11401182_10206344452677828_6516266805006857594_n

alhamdulillah puasa pertama dapat dihabiskan dengan jayanya. syukur Allah permudahkan saya ibu menyusu untuk berpuasa. bersahur dengan roti 3 keping, eh 3 ke 4 eh? :p bersama scrambled eggs dan air macam biasa  Energizing Soy Protein (ESP) + Tamar Cocoa dan performance drink untuk elak dehidrasi.

menu berbuka kami tak lah lain dari yang lain pun. biasa2 je, lauk2 harian kami je.

menu ramadhan day 1

nasi putih – udang sambal (feveret ilham) – ayam goreng – sawi tumis air – cekodok pisang – air performance drink + vivix shaklee – teh o panas – mangga - cincau

menu tambahan dari mama cu..

mee soto – mee rebus – murtabak cheese

simple jek kan. hari ni tengah berfikir2 nak masak apa. saja tak prepare list menu awal2 sebab tekak ni kekadang berubah2 kehendaknya hehehe.
2015-06-18 10.10.26 1
cekodok pisang ni sebenarnya dapat 11 ketul jek. sedih! hahaha. beli pisang sesisir memang plan nak buat cekodok masa berbuka. belum sempat buat malamnya dah membedal sampai ke waktu sahur. tup2 tinggal 6 biji jek. suruh babah beli lagi kedai pulak tutup. hmmmmm.. untuk tak nak bagi tekak berkecil hati di bulan ramadhan, maka ummi buatlah juga walau dapat 11 ketul. rasa sangat heaven lah hahaha. nanti nak cari pisang lagi nak buat cekodok banyak2. hahaha.

abang ilham belum mula belajar berpuasa. bila ummi tanya..

”ilham nak puasa tak macam upin ipin?”

”tak nak lah.. saya malu”
aikkkk??? puasa pun nak malu ke bang? macam2 lah abang ilham ni kan. ada je alasan dia cesss. esok insya Allah kami akan berbuka puasa bersama2 atok tipah di kampung. mesti tak sabar si ilham tu nak balik kampung kan. sebab nak pergi kedai jual mainan kat pekan senggarang hahaha.

oklah, selamat meneruskan ibadah puasa ye kawan2 :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!