Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan 2015 – Day 13

Wednesday, July 01, 2015

menu berbuka hari ke 13.. hari tak bangun sahur. hehehe. babah kata kalau tak larat tak payah masak. biar dia beli je lauk. tapi niat nak memasak tu membara, jadi cakap dengan babah. tak apa nak masak juga masih larat lagi alhamdulillah.

babah kata nak makan ikan pari bakar. tapi dia sebut tuka. tuka tu anak ikan pari kot. semalam macam nampak kat kedai tapi tak beli pun. dia kata dia nak cari kat bazar ramadhan. dia pesan lagi gorengkan telur mata lembu 3 biji. amboiii mengidam orang tak sahur ni hahaha.

so balik rumah, masak sayur dengan telur je lah. simple jek senang baling2 janji kenyang ;)
20150630_175801
sup brokoli dan carrot baling2..
20150630_175859
telur mata lembu 3 biji..

tambahan.. sebab ada tomato..
20150630_175847
sambal tomato..
20150630_185411
ikan tuka/ pari bakar (bukan hasil air tangan ummi ilham)
20150630_185503
popia keras hahaha..
dan rezeki dari rumah opah..
20150630_190643
kue tiaw goreng basah.. wow.. sedap opah masak. ohhh air babah beli air asam boi. ummi malas nak buat air sejuk buat air teh jek.

alhamdulillah walau tak sahur Allah bagi kekuatan pada kami meneruskan puasa. dapat air lalu kat tekak ya ampunnnn nyaman. hari ni kami berbuka kat restoran saujana, nenek nak belanja. jadi ummi tak masak la gamaknya. baru plan nak buat paprik ayam. tak apa postponed esok.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!