Colleagues

Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 2

Thursday, July 23, 2015

sambung lagi cerita day 1 part 2.. sila jangan muak membaca.. kalau muak sila klik [X] hehehe. ada juga yang pm saya tanya ke mana saya pergi? umrah ke? niat tu memang ada tapi belum tercapai lagi. doakan ye.

alhamdulillah bertemu dengan mr. ken lo di airport. kami terus dibawa bertolak ke kowloon untuk menaiki feri ke ke Zhuhai.
hk to zhuhai
menurut mr. ken perjalanan menaiki feri lebih kurang sejam lebih.

20150708_143856
encik driver yang membawa kami ke Kowloon.

20150708_144154
sempat pulak snap teksi kat sana hehe.

20150708_145141
melintasi jambatan apa entah tak tahu. tapi memang banyak jambatan la kat sini. sambungan dari pulau ke pulau.

20150708_145320
kan dah kata, tu ha nun di sana jambatan lagi.

20150708_145630
container terminal area hong kong. nama memang konfem tak tahu :p

20150708_145838
nak ke kowloon ni ada la dalam 15 – 20 minit kot. dapatlah cuci mata tengok bangunan pencakar langit. lalu juga jalan nak ke Hong Kong Disneyland. tapi telan air liur je tak dapat singgah ngeh3. next time, maybe ;)
20150708_150937
kami dah sampai di Hong Kong China Ferry Terminal, Kowloon. menanti mr. ken membeli tiket feri ke zhuhai. sambil tu kami berborak2 jek la.
20150708_152914
selamat dah masuk feri. ini beberapa minit sebelum perjalanan hehehe. mesti dah dapat agak apa yang terjadi selepas berminit2 dalam feri hehehe.

20150708_153116
bangunan Hong Kong China Ferry Terminal. bangunan berwarna bronze ke gold gitu lah. selepas melintasi laut china selama lebih kurang satu jam 15 minit, kami sampai di bumi Zhuhai. kami terus menuju ke Gongbei Immigration Building, Zhuhai untuk membuat China Visa On Arrival (VOA). oleh kerana kami hanya akan berada di sana selama lebih kurang 3 hari (72 jam) maka diorang suggestkan untuk apply VOA sahaja.
20150708_153927
form ni kena isi juga masa nak melepasi immigration checkpoint di Hong Kong.

sampai2 immigration office, kami diminta untuk mengisi form di bawah.

20150708_165401
Silalah isi borang Zhuhai Special Economic Zone Visa Application Card. selepas mengisi borang, kami sorang demi sorang dipanggil ke kaunter untuk di ambil gambar. bayaran seorang pegawai imigresennya sangat sombong dan garang hokkay. dari start sampai pegawai2 nya sombong2 belaka. main campak2 je passport kita. cisss. mentang2 kami visitor. dah le berbual macam ayam dengan itik hehehe. ok melalut.
20150708_165406
notice for visa.. Visa ni valid untuk 3 hari di Zhuhai Special Economic Zone sahaja . ini sangat2 penting tapi kami boleh terabaikan notis ni. ok cerita tu nanti dalam episod lain ye.

sedikit info tentang VOA di Zhuhai
(credit to: http://www.travelchinaguide.com/embassy/visa/service.htm)

Zhuhai

Three-day VOA are provided at Gongbei Port if you only visit Zhuhai. Upon arriving at the Gongbei immigration building, you can find the office by passing all the duty free shops; it is behind a green door on the right hand side of the immigration building. You shall fill in an application form, pay the fee and have your photo taken on spot. The processing takes about 10 minutes. It costs 168 RMB for applicants of most countries, but UK nationals have to pay 469 RMB. Hong Kong dollars are not accepted. Only RMB is accepted for payment. Currency can be changed at the China Tourist Services Office back downstairs in the immigration hall. Once the visa has been issued, proceed to the immigration hall to complete the immigration process. 
20150708_153910
lepas settled buat VOA, kami menuju ke immigration hall untuk proses seterusnya. haaa kat sini polis yang jaga dan authority pertama yang peramah dan suka senyum. husnuzon lah hernee.. mereka penat berkerja mungkin hehehe.
20150708_172313
lepas settled semua kami bergerak menuju ke Harbour View Hotel. mr. ken jalan sangat laju. semput makcik nak kejar. sebab makcik jalan lenggang kangkung. luggage makcik encik driver dah bawakan tu ha hehehe.
20150708_172457
transport dah menanti untuk ke hotel.

20150708_172921
dalam perjalanan tu baru saya perasan yang China ni left-driving country hehehe.

zhuhai map
ok inilah kawasan yang kami pergi tu. tapi bukan keseluruhan Zhuhai la. kalau seluruh Zhuhai tu namanya holiday in Zhuhai hehehe. sedikit info mengenai Zhuhai. time zone sama je macam kat malaysia. menurut mr. ken, china standardize time zone for the whole country (UTC/GMT +8 hours). zhuhai ni terletak di pantai selatan china atau di muara sungai mutiara katanya. baca2.. baru saya tahu yang zhuhai ni mendapat jolokan nama “kota romantis” atau “kota bunga” kerana banyak kawasan2 romantika d amour ecehhhh..

nahhh baca sikit info pasal Zhuhai. (credit info: wikipedia)

Zhuhai is a modern, sprawling city in China’s southern Guangdong province, on the border with Macau. Transformed into one of China’s first Special Economic Zones in 1980, today the city is known for golf resorts, theme parks and offshore islands in the Pearl River Delta. Pedestrianized Lianhua Road and the malls of Jingshan Road are popular shopping areas selling duty-free goods.
Area: 638 mi² (1,653 km²Weather: 90°F (32°C), Wind E at 6 mph (10 km/h), 75% HumidityTime zone: Standard time zone UTC/GMT +8 hoursHotels: 3-star averaging $80, 5-star averaging $230. View hotels
Province: Guangdong Province
Population: 833,908 (2000) UNdata
University: United International College

20150708_173135
sesampainya di Harbour View Hotel haruslah check in segera sebab kami dah kepenatan. pungpang2 lebih kurang 12 jam jugalah masa yang diambil nak tiba di Zhuhai. hotel arrangement dah siap2 dibuat oleh pihak Svitzer.
20150708_173232
sila jangan muntah hijau sebab anda akan menyaksikan banyak lagi gambar2 selfie ummi ilham :) ok lets check in.
20150708_173957
20150708_174128
20150708_174025
20150708_174041
20150708_174013
20150708_174142
bilik kami menghadap ke laut. sea view gitu kan. wahhh ramai sungguh yang bercanda di pasiran pantai Zhuhai. exact name tak tahu nama pantai apa hehehe. sekarang china masih dalam musim panas. kita yang duk kat malaysia ni dah lali dengan panas memang mengelak le nak berjemur kat pantai panas2 berdenting. tapi diorang masa ni lah yang diorang suka berpanas. panasnya boleh mencecah 35°C. perghhhh.
20150708_174148
nun kat tingkat berapa entah ada swimming pool.. tengok2 je tak skodeng pun.. :p

20150708_174841
kat belah kanan ada heliport..

tanpa membuang masa saya teruskan aktiviti rutin mengepam. hmmmm.. sambil pam sedih hati teringat buah hati ummi kat rumah. kenyang ke tidak adik syamil kat sana.
20150708_183156
last pam subuh sebelum bertolak hinggalah petang sampai ke zhuhai. fuhhh. alhamdulillah dalam bilik ada fridge. dapatlah simpan 12oz. lepas siap2 mengepam, lepas maghrib siap2 pula nak keluar berbuka puasa.
20150708_191748
untuk mengalas perut sebelum keluar berbuka makan berat2, saya alaslah perut dengan sebungkus kinder bueno dan kurma. waktu berbuka 7.14pm. syahdu.. teringat babah ilham yang berbuka sorang2.. alahai kesian.

ok bersambung lagi next entry.. gambar banyak sangat kalau sumbat satu entry mahu jem blog hehe :)

nahhh boleh baca entry sebelumnya..
Journey To Hong Kong & Zhuhai | Day 1 – Part 1

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!