Family

Jodoh Dan Ajal Itu Rahsia Allah.. Al-Fatihah Buat Limah Binti Lee

Wednesday, September 02, 2015

20150901_115506

Al-Fatihah buat Limah binti Lee
{6 Ogos 1993 – 31 Ogos 2015}

semoga rohnya tenang bertemu Maha Pencipta. semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan tempatkan rohnya di sisi orang2 yang beriman dan beramal soleh.

20150901_115535

jodoh itu rahsia Allah. tiada siapa yang dapat menyangkal. siapa sangka pakcik saya pak beng abang kepada arwah mak saya, yang dah berusia bertemu jodoh dengan isterinya yang jauh lebih muda, dan siapa sangka Allah kurniakan mereka dengan seorang puteri. masih juga kami tak menyangka yang arwah imah akan pergi meninggalkan anak dan suami di usia muda dalam keadaan mengejut. doktor mengesahkan yang arwah terkena “septic shock” di mana sebahagian organ dalamannya tak berfungsi. sesungguhnya ajal itu juga rahsia Allah. Allah bagi peluang bersama hanya 4 tahun. sedih hati bila melihat dua wajah ni. tak sanggup nak tengok wajah anak kecil yang bakal mencecah usia 3 tahun disember ni, yang dah kehilangan ibunya buat selama2nya. apalah yang dia faham. wahai siti hawa, semoga dirimu menjadi semulia isteri nabi Adam A.S.

apa jua dugaan dalam hidup kita ni ada hikmah yang tersembunyi. Allah bagi pak beng zuriat supaya kelak bila pak beng dah tak ada di dunia ni, ada anak yang akan mendoakan kesejahteraan dia dan isteri di sana. semoga Allah memanjangkan usia pak beng, diberi kesihatan yang baik. insha Allah kami takkan mengabaikan pak beng. kami akan bantu mana yang termampu macam sebelum2 ni.

20150901_114820

puas kak long nak bagi hawa senyum. ajak hawa dan pak beng pergi makan. cuba bagi mereka berdua tersenyum walau saya tahu pak beng masih berduka. siapalah yang tak sedih, buruk baik imah tetap isteri dia.

20150901_114917

sayu hati tengok muka hawa. Allah jadikan mukanya mirip arwah ibunya buat kenangan untuk pak beng.

20150901_120013

apalagi kalau tengok dia berdua beranak macam ni. luluh hati. sepanjang jalan tak henti air mata meleleh.

20150901_121325

akhirnya sebelum berpisah hawa senyum juga. ya Allah, lindungilah anak kecil ini. semoga hawa sihat dan membesar di samping ibu dan ayah angkatnya nanti. semoga keluarga angkat hawa akan menjaga hawa seikhlas hati. semalam sebelum berpisah sempat peluk sambil pesan.. “hawa jaga diri baik2 ye.. jangan nakal2 tau.. dengar cakap ayah.. hawa ada ayah.. jadi anak yang baik tau.. Allah sayang hawa.. kak long pun sayang hawa” hawa angguk macam faham. hmmmm.. air mata kak long pun berjurai. insha Allah nanti kita jumpa lagi ye.

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. kita hanya merancang Allah tentukan.. apatah lagi soal jodoh dan ajal..
    alfatihah

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!