Hari Raya Aidiladha

Persiapan Aidiladha

Wednesday, September 23, 2015

hai mak2, dah siap2 ke nak masak apa untuk menu hari raya aidiladha esok? ummi ilham dah ada plan nak masak apa. harap2 sempatlah ye nak bersilat kat dapur sesorang. biasanya dengan mommy ngah, tapi mommy ngah turn beraya dengan family mertua.

20150922205909

ini menu yang diangan2kan, nasi impit, kuah lodeh, ayam masak merah dan rendang daging. bahan2 pun dah kerah babah ilham belikan pagi tadi. tapi nampak gayanya ada lagi yang tercicirlah. terlupa tulis daun kunyit dan kelapa kerisik. adoiiii. balik kerja kena la singgah kedai lagi.

dikesempatan ni, saya nak mengucapkan “selamat hari raya aidiladha” kepada semua pembaca blog sendu ni. semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar. rebutlah peluang berdoa di hari arafah ye.

p/s insha Allah sabtu ni nak tunaikan tanggungjawab menjalani ibadah aqiqah untuk adik syamil. sambil2 selit birthday bash abang ilham. tak sabar nak tengok kek pocoyo abang ilham ni. hehehe.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!