My Breastfeeding Journey

27 Jan '16 | Ilham Syamil Turns 1!

Wednesday, January 27, 2016

27 Jan 2016 Smile
alhamdulillah syukur hero paling kecil ummi dah genap setahun. rasa macam sekejap je kan. tapi memori nak melahirkan adik syamil masih segar dari ingatan phewwwwww. telan air liur kejap hehehe. sepatutnya EDD sebelah birthday babah 8 feb 2015 tapi Allah lebih berkuasa, percaturanNya lebih terancang. dugaan januari 2015 keluar masuk hospital dan sudahnya adik syamil lahir lebih awal dari EDD. syukur semuanya selamat.

12573133_10207767230686389_4322627778389153447_n

ini budak gigi sudah 6 batang. ada dua batang gigi arnab senget hehe. mulut dah bising sebut abang.. babah.. opah.. tapi sebut nama ummi masih failed lagi. ummi is pasghah hehehe. belum pandai jalan sendiri lagi. cuma memapah jek lah. kebolehan terbaru panjat sofa rumah opah, turun katil macam yang ummi ajar hehe. semakin kuat makan, pantang tengok orang makan hehe. mamam.. mamam.. kata dia. alhamdulillah masih lagi berbekal ke rumah opah. mudah2an ummi sihat untuk masak dan bekalkan makanan adik. mudah2an adik tak memilih makan. apa kata abang ilham “adikkkk.. makan je apa yang ummi masak” Winking smile
cert-deg1

alhamdulillah masih menyusu dengan susu ummi sepanjang 365 hari hidup di bumi Allah. syukur walau kadang2 ada dugaan Allah bantu kita untuk capai target setahun. next kita usaha untuk 6 bulan lagi dan seterusnya hingga 2 tahun. syamil tolong bagi kerjasama dengan ummi ye Smile
jom tengok photobook ilham syamil.. gambar2 ni babah ambil dari start ummi menahan sakit contraction sehinggalah syamil lahir. tapi babah banyak hutang photoshoot dengan adik syamil ni. grrrrrrrr.. ni yang tak aci ni. hehe.
20151127_073315

adoilah babah.. muka ummi tengah tahan sakit pun dia snap. serious dah siap album baru tahu babah ada snap gambar ni. tangan dia kena cengkam pun dia snap hahaha. ambil bahagian..

20151127_073328

setelah berjuang menahan sakit dari pagi sampai ke malam, tepat jam 8.45pm 27 jan 2015, lahirlah seorang lagi khalifah Allah di muka bumi. sayu pula hati bila tengok gambar ni. ya Allah memang nyawa dihujung tanduk rasanya saat nak melahirkan anak. fuhhhhhh.
20151127_073352

alhamdulillah pertama kali menyusu dengan ummi.. heaven! Winking smile
20151127_073414

inilah budak cenonit kesayangan ummi, babah dan abang ilham.
20151127_073439

halus mulus gebus putih lagi sepet..hehehe
20151127_073515

ni photoshoot masa dah sebulan kalau tak silap. compile sekali dalam satu album. banyak lagi gambar2nya, malas nak masukkan hehehe. alhamdulillah, syukur hero ketiga saya membesar dan sihat.

doa ummi babah..
”semoga muhammad ilham syamil menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah, Rasul.. semoga menjadi anak yang bijaksana, terang dan lembut hati, elok peribadi dan akhlak.. jadi hamba Allah yang berguna di dunia dan akhirat. semoga Allah satukan hati ilham syamil dan ilham syahmi.”

jangan lupa syamil ada seorang lagi abang di syurga ye. mudah2an kita dikumpulkan di sana nanti.. boleh jumpa abang ilham syakir. ooppsss.. ada lagi kakak zara safiyya.. abang adeeb dan abang aatif yang sesusuan dengan syamil. thanks pada ummi norizan husin yang membantu ummi untuk berkongsi rezeki susu saat2 stok susu ummi kehabisan masa syamil ditinggalkan tahun lepas. really appreciate it! mudah2an ukhuwah kita kekal sehingga akhir hayat. eh dah macam ucapan panjang lebar gamaknya.

oklah, stop dulu ye. birthday celebration untuk adik syamil akan digabungkan dengan birthday babah lebih kurang 2 minggu lagi untuk penjimatan belanja harap maklum hahaha. kalau belum baca cerita kelahiran ilham syamil, boleh klik link di bawah Winking smile

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!