Dari Dapur Hernee Nazir

Finger Foods | Cheesy Potato Ball

Thursday, January 14, 2016

menu ni dibuat 3 minggu lepas.
saja2 bagi adik syamil berlatih makan pakai tangan sendiri. hehehe.
taklah gempak mana pun resepinya.
yang ni versi baby tapi ummi babah pun bedal sama.
bolehlah buat dan modify ikut selera masing2.

bahan2:5 biji kentang
1 biji telur
bread crumbs
slice cheese
(patutnya pakai mozarella block.. tapi tak ada stock kat rumah bedal jek lah)
olive oil

cara2:
IMG-20160103-WA0029

kupas kulit kentang, potong kecil2 dan stimkan.
IMG-20160103-WA0024

lecek kentang yang dah distim.
IMG-20160103-WA0025

sediakan slice cheese. oleh kerana mozarella block tak ada, maka kita guna slice cheese. potong kecil2.
IMG-20160103-WA0026

bulatkan kentang dan masukkan cheese di tengah2. bila dah jadi bebola, celupkan dalam telur.
IMG-20160103-WA0023

kemudian golekkan dalam bread crumbs.
IMG-20160103-WA0021

haaa macam ni. siap seketul cheesy potato ball.
IMG-20160103-WA0022

pungpang2 kat dapur sambil terpekik terlolong abang dengki adik.
maka hasilnya dapatlah 19 ketul.
goreng sikit lebihnya di frozen kan.
jom goreng dengan olive oil.
IMG-20160103-WA0020

ting!!! siap seketul. sebelum suap mulut anak, haruslah mak rasa dulu.
IMG-20160103-WA0019

walaupun tak boleh tarik2 cheesenya, tapi rasanya tak mengecewakan.
lemak2 gitu, testing bagi adik syamil laju je 2 ketul masuk mulut dia.
dah apa tunggu lagi mak2.
cubalah buat untuk anak2.
kentang tu boleh adjus tambah lada sulah, bawang.
tak pun ada juga yang letak fresh milk gaul dengan kentang.
mana2lah kan yang sedap.

selamat mencuba!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!