Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Bubur Lambuk

Monday, June 20, 2016

1465786762545

menu berbuka puasa hari ke 6 keluarga kecil kami.
hari sabtu kan, haruslah menu sepcial sikit sebab ummi ada banyak masa kat rumah.
kalau weeekdays tu memang tak sempatlah nak pelbagaikan menu.
atas persetujuan babah ilhams, maka menu kita bubur lambuk.
tak tahulah kenapa, kalau buat bubur lambuk je mesti nak ada udang goreng kunyit.
hahaha. apa masalah ummi ilhams ni entah ekekeke.

ok kat bawah ni resepi bubur lambuk.
bolehlah mencuba.

Bahan-bahan ( anggaran untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 ulas bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit halia (dikisar)
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 bungkus daging kisar
  • 1 cawan santan 
  • 2 helai daun kunyit (dipotong mayang)
  • 2 bungkus udang kering (dikisar)
  • minyak masak
  • daun sup (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam, ajinomoto & gula secukup rasa
Cara2:

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan  masukkan udang kering dan rempah kurma. Tumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan pula daging, beras dan air. Renihkan bubur sehingga daging dah beras masak dan tambah air jika perlu. Bila bubur agak dah masak, masukkan santan dan daun kunyit. Masukkan garam gula dan ajinomoto. Biarkan sehingga mendidih dan angkat..

Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup.

bukan sekadar bubur lambuk je yang dibuat hari sabtu tu.
ada desert juga.. sagu gula melaka gitewwwww.
next entry punya cerita ye.
alhamdulillah bubur lambuk ni dapatlah bagi mommy ngah & nenek sikit.

ok stay tuned untuk entry menu2 terpilih.
ummi ilhams ni tak lah terer mana memasak.
cukuplah untuk suami dan anak2 kenyang.
tapi nak juga share2 kat blog ni.
bagi blog ni hidup sikit, maklumlah tuan blog rajin sangat update.
nak suruh partner sehidup semati update lagilah sendu hahaha.

ok lah babai!

Love,
Ummi Ilhams

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!