Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Kebab Daging Simple

Wednesday, June 15, 2016

menu breakfast kami bulan lepas.. bukan pagi ni ye Winking smile
cuti weekend dapatlah buat breakfast meriah2 sikitkan.. eleh kebab jek kak oii tak de lah meriah mana.. kaler jek meriah hehehe. inilah kebab versi ummi ilham. dapat lah babah buat breakfast sekeping sebelum pergi kerja dan bekal sekeping.
1465787381982


Kredit resepi asal dari: Eny Abdullah

Bahan-bahan :

5 keping roti pita - dibakar tanpa minyak sekejap diatas kuali. Kemudian dibelah 2 dan buat poket ditengah untuk masukkan inti
Daun salad dan hirisan lemon. (saya tak letak pun hirisan lemon)

Bahan-bahan inti kebab:

5-6 keping daging burger jenama Ramly - dipotong dadu
3 ulas bawang putih  - dicincang
1 biji timun jepun - dipotong dadu
1 capsicum saiz kecil - dipotong dadu
1 batang carrot - dipotong dadu
1 bawang besar  - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
5-6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Sedikit sahaja minyak untuk menumis

Cara-cara :
20160528_072954


1. Tumis bawang putih dan masukkan daging burger yang dipotong dadu.
2. Goreng sehingga garing. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan lada hitam.
3. Masukkan semua jenis sayuran.
4. Masukkan sedikit air dan masak sehingga sayur lembut dan air kering. Siap!

haaaa.. apa lagi cubalah buat.
boleh juga dijadikan menu berbuka puasa.
selamat mencuba!

xoxo,
Ummi Ilham

Red lips

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!