Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Spaghetti Meatball Bolognese

Tuesday, June 21, 2016

1465786650969

menu berbuka puasa ramadhan ke 7 spaghetti meatball bolognese dan popia sayur.
untuk entry ni kita fokus kat spaghetti je dulu ye hehe.
kalau uolls perasan, saya tak pernah pun buat spaghetti carbonara kan.
sebabnya saya memang tak berapa minat hehehe.
ehhhh.. tak ada orang peduli awak minat ke tak kak oii. ngeh3.

oklah jom tengok spaghetti meatball bolognese versi ummi ilham.
ni je resepi simple yang saya selalu follow.
janji sodap hehehe.

Bahan2:
Spaghetti – 1 bungkus
Kimball Spaghetti Traditional Pasta Sauce – 1 botol besar
Tomato Puree ~ 1 tin – lupa beli so untuk versi ni tak letak pun
Meatball – as usual feveret brand saya “Armiya” ada gambar lembu sekorDaging cincang – 1 pack
Mushroom – 1 tin
Capsicum – 1 biji **tak jumpa jadi tak masukkan
Bawang holland – 1-2 biji ptong dadu
Bawang Putih – 1-4 biji cincang
Tomato – 1-2 biji potong dadu  Cara2:  tumis bawang holland & bawang putih sehingga naik bau..
lepas tu masukkan daging cincang dan biarkan sekejap..
masukkan kimball sauce & tomato puree..
leburkan jek.. tambah air sikit..
masukkan tomato, capsicum dan mushroom..
meatball tu saya ambil dalam 5 biji potong kecil2 lebur juga dalam periuk..
tambah garam, gula.. agak2 la ye bulan puasa katanya..tak boleh merasa Winking smile

taraaaaaaaa.. siap kuahnya. sila celur spaghetti.
nanti kang sampai ke sudah nak berbuka hirup kuah jek.
masa celur tu saya bubuh minyak sikit dalam air dan garam sikit.
meatball pun celur juga ye.

dah boleh hidangkan ke dalam pinggan.
letak spaghetti dan meatball ikut berapa banyak suka.
simbahlah dengan kuah tadi ikut suka hati.
bestkan kalau masak sendiri.
nak bubuh meatball satu plastik pun tak ada siapa kisah hehehe.

ok next, popia sayur pulak.
stay tuned!

xoxo,
Ummi Ilhams

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!