Family's Activity

Faisal's Birthday Celebration @ Pink Daisy Bakery & Cafe, Taman Perling

Thursday, September 01, 2016

20160827_193618
aktiviti hari sabtu kami minggu ini ialah..
menghuru harakan sambutan hari lahir kecil2an faisal mustaqim.
malam mama jie whatsapp jemput datang.
dan minta confirmkan sebab nak booking bagai.
macam ye tak ye lagi nak confirmkan kehadiran tu kan.
akhirnya pujuk2 babah kata ok yeay!
small celebration ni dibuat di pink daisy bakery and cafe, taman perling.
memang tak pernah menjejakkan kaki ke sini.

20160827_182851

welcome notes.. Winking smile

20160827_183121
masuk2 makanan dah terhidang. menu tea time.
sebenarnya bukan makanan yang menarik minat ummi.
yang menarik minat itu ialah doodle di dinding.

20160827_183234
toleh kanan kek roy dah menanti.
kanan pun ada doodle lagi.
mama jie tak jemput ramai pun.
kawan2 terdekat je family kami, shai dan sab orang2 IT dept.
ummi dan babah jek department lain hahahaha.

20160827_183715
abam faisal dah tak sabar nak potong kek.
jom nyanyi ramai2 Winking smile


20160827_183800

gambar diorang anak beranak.

20160827_183335
ecehhhhh bakal menantu ummi ni hehehe.

20160827_183425
budak kecil ni geram je tengok belon tu.

20160827_183455
yang ini pula ajak bergambar dia buatlah aksi memacam.
lepas sesiap potong kek, kita pindah meja sebelah untuk makan2.

IMG-20160829-WA0001

IMG-20160829-WA0002

dalam gambar ni semua ada kecuali abang ilham.
dia tak nak bergambar pun.

20160827_192617
tetiba masa ni nak bergambar pulak kan.
tapi buat muka macam tu.

20160827_192646
percubaan pertam bergambar dengan tambahan ahli.. auntie sab.

20160827_192657
gambar kedua kantoiiii ummi tengah suruh ilham ke tepi hahaha.

20160827_192707

akhirnya ummi pasghah sebab ilham buat derk.
lantaklah gambar di photo bomb lagi dan lagi dan lagi.
ohhh masa ni auntie shai dah balik so tak sempat ajak geng2 mak bergambar,

ok nak cerita pasal cafe ni pulak.
makanan not bad, ok la cuma dah sejuk dek air cond hehehe.

20160827_182953
tempatnya memang menarik sesangat.
sesuai nak lepak2 gitu kan.

20160827_183010

20160827_183130
ada banyak cookies pilihan.

20160827_183912
ada juga baking class untuk kids and adults.
jomlah mama jie kita hantar ilham dan teha.
nanti balik rumah suruh dia buatkan ummi dan mama kek hahaha.

20160829_112148
ini contact number pink daisy bakery and cafe.

20160829_112241
kot2 uolls nak buat event kat sini or nak tempah kek ke.
atau pun nak hantar anak2 untuk kids baking class.
bolehlah contact ownernya puan hana ex-classmate uncle epy masa di UTM.

ni full address PINK DAISY BAKERY & CAFE

160, Jalan Layang 16,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru,
Johor.

Puan Hana  - 017 751 4363
thanks lah mama jie jemput kami anak beranak tambah huru2 hara majlis.
thanks  owner cafe sudi menerima customer yang riuh sekampung.
sorry sebab hero paling kecil saya meronda sampai ke kitchen auntie.

lat but not least,
buat abam faisal semoga menjadi anak  dan soleh didunia dan akhirat.

xoxo,
ummi ilhams

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!