Homeschooling

#ummiilhamsminigarden | Sesi Melawat Tanaman Atok Tipah

Wednesday, October 26, 2016

14440874_10209795624994979_1789209676476100156_n
ini hasil masa balik kampung public holiday awal muharram. memang dah cakap dengan babah, sampai kampung nanti nank minta benih2 pokok dengan mak hehe. sebelum balik petang tu kita meronda keliling rumah. carilah pokok2 yang boleh ditanam dengan mudah dan pokok2 yang berfungsi untuk masakan. itu dia hasilnya..
14448840_10209795625514992_3816446947364536232_n
dapat anak pokok kunyit. hehe. kes mengelat ni. padahal boleh je semai kunyit sendiri.
14449991_10209795625714997_6257362805866452216_n
anak pokok cekur. sangat berguna ni. bau daun cekur pun best kan.
14479772_10209795626795024_5891785031266139229_n
ini lagi best.. benih ulam raja. wehuuuu dah terbayang petik ulam depan rumah ngeh3.
14568071_10209795627675046_7519637957469768033_n
ini lagi penting.. daun kesum. mak suruh ambil banyak2 eh menantu degil kata tak apalah mak sikit pun jadilah hehehe.
14462860_10209795627035030_30954305307487447_n
ohh my favourite.. pucuk bebuas. nak celur buat ulam. just tinggalkan batang dia je untuk semai. sayur2 dah settle, kita cari bunga pulak.
14522702_10209795626435015_7928050154430101468_n
benih bunga butang. kata mak, ni pokok orang dulu2. reason nak pokok ni sebab mudah hidup dan bunga meriah.
14523232_10209795626195009_8977079797256399500_n
anak pokok keladi pun jadi mangsa tapi kawan saya kata pokok keladi ni beracun. alahai sayangnya nak buang. sebab pokok ni cantik.
14572988_10209795625114982_236870582627163310_n
ini pun spesis keladi rasanya. selamat juga ikut balik gelang patah. dalam ummi duk sibuk mencari anak benih dimanakah anak2 ummi berada?
20161002_165014
jeng..jeng..jeng.. ini dia sorang dah dijumpai. ikut abang duk membaling batu ke dalam parit.
20161002_165158
bila ummi ke belakang berebut dua2 ke belakang.
20161002_165201
tengok tu.. sila abaikan badan abang ilham yang tak sado tu hehehe. syok memasing dapat merayap tepi2 rumah atok. ummi biarkan je. bukan senang nak dapat merayap macam ni. zaman ummi babah dulu kitorang redah jek parit hutan belukar. jadi kita bagi peluanglah anak2 merasa bestnya suasana kampung ecehhh. memang kami masih tinggal dikawasan kampung tapi rumah teres mana la dapat berkubang tepi parit bagai kan hehe.

oh sebelum terlupa, thanks atok tipah bagi ummi kami anak pokok dan benih2 lain.
14520416_10209803343307932_7619208219953573402_n
esoknya hari ahad kami pun bercucuk tanamlah. mana yang patut pindah pasu kita pindahkan segera. macam biasa ummi ada dua assistant yang excited nak tanam pokok. adik pun sekarang pantang keluar veranda.. “mi..mi.. kok.. kok”
14590414_10209803343507937_1020149287668490711_n
pokok kunyit dan cekur dah selamat masuk pasu recycle ummi hehe.
14519763_10209803343827945_8219498514607228935_n
pokok2 keladi pun dah selamat masuk pasu. yang satu tu menumpang dalam tipuware kejap sementara ummi beli pasu comel. benih bunga butang dah selamat ditabur dalam pasu panjang beli di mydin. daun kesum ummi rendam dulu bagi berakar. benih ulam raja pun kena tunggu pasu panjang. harapan kan menggunung nak ulam raja yang meriah haruslah tanam dalam pasu panjang ekekeke.
14484809_10209803344747968_8908563722927754028_n
ok settled. taraaaaaa.. ruang depan bahagian bunga-bungaan masa ni belum meriah lagi. hehehe. eh ada batang pucuk bebuas tumpang pasu serai hehehe.
14581447_10209803344227955_1415762493451087910_n
bahagian sayur-sayuran ecehhhhh. sekarang dah bertambah lagi. harap2 kami istiqomah bercucuk tanam. anak2 bersemangat ummi pun bertambah semangat. next entry kita update lagi ye.

stay tuned!

#ummiilhamsminigarden

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!