16 Mei 1981 - 16 Mei 2010 = 29 Tahun
16 Mei 1981 - 16 Mei 2010
29 tahun..
Terima kasih Allah meminjamkan nafas ini selama 29 tahun tanpa gagal. Terima kasih di atas ujianMu. HambaMu ini selalu tersasar dari landasanMu. Ampunkan segala dosa2ku dan Kau panjangkanlah umurku agar aku bisa beribadat dan mengabdikan diriku padaMu. Permudahkanlah segala urusanku dan kurniakanlah aku rezeki yang halal.
Terima kasih bonda dan ayahanda kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik anakmu ini. Hanya Allah yang akan membalasnya. Semoga Allah mengampunkan dosa2 bonda dan ayahanda. Jasa kalian tak terbalas dan tak mungkin bisa dinilai dengan emas dan permata. Buat ayahanda, selagi mampu anakanda akan cuba membahagiakan ayahanda. Buat bonda, semoga tenang di sana, doa anakanda titipkan untuk bonda tercinta. Al-Fatihah.
Terima kasih suami yang menerima diri ini seadanya. Terima kasih kerana menyanyangi isteri yang serba kekurangan. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Jangan pernah menyesali segala ujian Allan untuk kita, mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik.
Terima kasih adik2, saudara mara, kawan2 di atas doa kalian..
Terima kasih semua..
+++
Selamat Ulangtahun juga buat kembar tarikh lahir saya Puan Suzila Abas dan Cikgu Hayati semoga panjang umur dan sentiasa berada dibawah rahmat Illahi.
+++
16 Comments
hepi 29th burfday!
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeleteselamat hari lahir
jenguk2 lah blog saya k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
selamat hari jadi, long...semoga ko tabah....semoga mak aman disana...semoga kekal dgn n selamanya..
ReplyDelete29 tahun yang lepas seorang ibu sedang menyabung nyawa demi melahirkan puteri sulong hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta. Kebahagiaan bersama puteri sulongnya hanya dapat dikecapi selama 28 tahun 10 bulan 7 hari. Kini, tiada lagi ucapan "Selamat Ulangtahun" dari bonda tercinta. Saya rindu..... 12.32am...sentap...
ReplyDeleteHappy Birtdhay Hernee...akak doakan awak hidup bahagia, murah rezeki dan sihat selalu.
ReplyDeleteselamat hari lahir & selamat hari guru!!
ReplyDeleteselamat ulang tahun kak~
ReplyDeletetak mau sedih2 ya?
al-fatihah buat bonda kamu~
Happy B'day & slmt hari guru smoga tercapai cita2 ko ni 1 ari nnt... al-fatihah untuk arwah..
ReplyDeleteHappy birthday Hernee..
ReplyDeletesemoga panjang umur & murah rezeki..
Amin...
alamak..terlambat nak wish...happy belated birthday k...:)
ReplyDeletethanks semua :)
ReplyDeletehappy belated birthday!
ReplyDeleteHappy Belated Besday.. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan hidup sentiasa diberkati Allah hendaknya.. amin.. :)
ReplyDeletethanks sis zety n rinna..
ReplyDeletehappy belated birthday jugak yer... semoga tabah menghadapi segalanya
ReplyDeleteFiza's>>thanks fiza..
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!