Mula2 tak perasan ada komen dari Edy. Sekali tengok.. Blog herneenazir[dot]com dicalonkan oleh Edy dalam kategori Blog Personal Isteri Pilihan di Blog Pilihan Malaysia.



Alahai Edy, malu akak. Blog akak ni apalah sangat. Celoteh yang tak tentu arah je. Kadang-kadang tu melalut entah apa2 entah. Apa yang lebih cuma gambar makan, makan dan makan sebab tuan blog ialah 'isteri yang kuat makan' hahahaha~


Kat atas ni senarai blog untuk kategori ni. Mak oi.. semua blog yang hebat2 belaka. Siapalah blog herneenazir[dot]com ni nak berganding dengan blog2 hebat macam ceeramoon, viruspadu, sumijellyredmummy, kak ina kl, kujie dan lain2 tu. Segan je rasanya.

Bermula hari ni 26 November 2010 (jam 10 malam) sehingga 30 November (jam 8 pagi) akan diakan undian peringkat pertama. Lina blog yang mendapat undian tertinggi sahaja yang akan layak ke peringkat seterusnya. Kalau ada yang sudi nak vote untuk saya dipersilakan menerjah ke blog itu malam ni ya.

Blog Pilihan Malaysia 2010


Oh ya, blog Edy >>The Beauty in Ugly<< pun tercalon dalam kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Vote lah untuk Edy sekali ya :)


©Hernee Nazir – Semangat berblogging akan terus membara *poyo* :)