Ada eh tajuk macam tu ;)
Actually, masa kenduri rumah Mok De.. Pok Teh kata nak pergi bawa anak2 dia mandi laut. Ider, sepupu saya suggest kan pergi Tanjung Sedili dekat dengan rumah bakal ehem2 dia. So diorang pun terus la plan nak ke sana esoknya (Rabu). Saya pulak pasag2 telinga dan dalam masa yang sama berfikir2 boleh juga kalau nak join memandangkan En. Nazir dah start bercuti dan bolehlah buat pre-wedding photoshoot Ayu dan Adik sekali. Diorang nak stay semalam kat sana. Balik rumah malam tu bagitau En. Nazir tentang plan diorang ni, dia pun setuju dan esoknya saya terus apply cuti. Mati la suka hati je kan apply cuti last minutes.
Malam Rabu, sebelum tidur saya dah siap2kan bekal untuk esok. Goreng sausage, nugget dan prepare sandwich tapi tertidur separuh jalan masa menidurkan Ilham. Plan dengan En. Nazir nak bangun pukul 4am, lebih kurang seawal 5am nak bertolak sebab nak sampai awal pagi. Sekali terbangun pukul 4.30am kooooooo.. dengan sandwich tak siap terus turun dapur siapkan apa yang patut. Marah betul kat alarm sebab tak berbunyi, sekali check2 patutlah tak berbunyi sebab saya set 6.30am Monday to Friday. Hampeh!
Dalam pukul 5am Ayu dan Adik sampai rumah, saya tak siap lagi time tu hahaha. Kesian Ilham awal2 dah kena kejut salinkan apa yang patut, nasib baik dia tak meragam. Dalam pukul 6am baru kami bertolak ke Tanjung Sedili tapi sempat singgah breakfast dulu.. almaklumlah, kata En. Nazir “lapar boleh mengundang marah” ;)
On the way, macam biasa my baby tidur sahaja mengantuk agaknya dikejut awal. Pung pang pung pang dalam pukul 8 lebih kami sampai sana ke Mutiara Motor Resort tempat diorang menginap. Cuaca berangin kuat gila dengan ombak yang menghempas pulas pantai. Ya, kami tahu musim2 air pasang besar sekarang, tawakkal je harap2 tak ada apa2 yang tak baik berlaku. Saya sempat menjengah pantai sekejap, sementara Ilham Ana jagakan. Bila cuaca nampak terang sikit, diorang berphotoshoot dan Ana bersiar2 kat pantai dengan anak2 Pok Teh. Saya dan Ilham??? Kami dua beranak duk memerap dalam bilik melayan Ilham ngempeng sampai tertidur dengan ummi dia sekali selamat tertidur :)
Bila dah betul2 ok dalam pukul 11am baru saya bawa Ilham keluar bergambar2 sikit.. Jom tengok! ;)

Happy family :)



Model kecik babah :) Angin kuat sangat dah macam rambut singa dah rambut babah ye ;)

Dalam pukul 12pm kami check out dari Mutiara Motor Resort dan bergerak ke Desaru. Saja2 je menghabiskan masa terluang ni dah alang2 cuti kan ;) Kat Desaru diorang sambung photoshoot, saya macam biasa la dua beranak membawa diri cari port yang sesuai untuk hero kechik ni mengempeng. Alhamdulillah semakin konfiden untuk nursing in public.. that’s why I love Breasfeeding.. tak payah susah2 nak bawa botol susu, termos bagai.. anywhere, anytime Ilham perlukan ummi sedia memberi ngeee~
Antara gambar2 kat Desaru..


Berangan nak buat “PEACE” tapi tak jadi.. cuba lagi ya sayang ;)

Alamak mana Tok teh dengan Pak Ayan ni.. :)



Candid :)

Sukanya diaaaaa..

Before balik.. Saya, Ilham, Ayu dan Adik..

Ok, sangat enjoy hari tu walaupun penat juga rasanya maklumlah cuti yang tak disengajakan katanya. Apa pun happy sangat dapat spent my precious time with them. Sampai rumah dalam pukul 4pm terus terbongkang penat. Next, tunggu ummi dengan babah dapat bonus ye sayang kita jalan2 lagi :)
Gambar ikhsan: MnM Photography :)