Cuci Mata @ Car Boot Sale Small Palace
boring2 kat rumah ajak adik2 ke kozi hotel danga bay. dari awal memang dah dapat info dari small palace yang dia akan turun ke JB. apa lagi, saya pun bagitau la adik2.
nampak pula encik fuart taukey small palace upload gambar barang2 ikea yang penuh dalam car boot. lagi le rasa nak mencuci mata. hehehe. lepas lunch kami berdezup ke kozi hotel.
kesian encik fuart tengah bersantai agaknya kena kerah turun. hehehe.
banyak juga barang2 yang di bawa. rambang mata. yang mana dah ada kat rumah tu saya tak belilah kan. beli mana yang tak ada je. nak tunggu pergi sendiri shopping kat ikea entah bila. last pergi masa belum dapat ilham lagi. maklumlah busy all the time ekeke.
nahhhh mommy ngah memborong. hehehe.
encik fuart tengah kira-kira plastik memasing. pening kepala dia layan 3 beradik yang kecoh ni. dengan ilham yang tak duduk diam hahaha. apa pun thanks ye encik fuart layan customer memang terbaik. semoga murah rezeki. kalau turun JB lagi silalah bagitau. hehe.
ini jek yang ummi borongkan. hehehe. mangkuk dan cawan colourful tu memang dah lama nak beli. sebab yang pinggan dan set sudu garfu dah ada kirim kawan. ilham suka pakai pinggan colourful. satu lagi boleh buat aktiviti ‘sorting’ dengan dia. suruh asing2kan ikut warna. hehe. lain2 beli senduk kecil, frame, set bekas kedap udara tu. eceh skema ayat. senang nak bubuh apa2. padahal dah banyak jek harta2 pusaka arwah mak. nak juga beli lagi. hehe.
ok untuk sesiapa yang tak berkesempatan nak ke ikea. maklumlah johor ni mana la ada ikea kan. boleh lah add facebook account encik fuart. tak pun boleh follow instagram small palace. dia rajin update kat situ. ada juga online sales so boleh lah pilih nak barang apa caj pengeposan dikenakan ye.
apa tunggu lagi. jom follow!
Instagram Small Palace - http://instagram.com/smallpalace
FB Encik Fuart - https://www.facebook.com/fuartes.dekorasi
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!