sebenarnya banyak gambar yang di snap last year. tapi tak pasti mana ghaib. tak ingat save kat mana. banyak makan semut kan.

ni 3 gambar jek yang terjumpa. layan gambar2 ni dulu ye.

macam biasa, waktu berpantang saya dijaga sendiri oleh babah ilham dan dua orang adik saya, mommy ngah dan mama cu. almaklumlah kita dah tak ada mak kan. untuk proses urut mengurut saya serahkan pada mok de saya. memang tiap kali pantang booked dia  untuk urut berpantang.

masak memasak lauk berpantang memang jadual gilir2 adik saya. koleksi lauk pauk ni masa berpantang melahirkan arwah syakir. masa berpantang melahirkan ilham banyak makan ikan haruan. sedap. masa syakir stok ikan haruan kurang hehe.

jom tengok apa lauk saya.

1) nasi putih + sayur sawi masak air/ bening + ikan cencaru bakar cicah air asam

IMG_20130722_191334

makan dengan nasi panas sedapkan. besar selera mak tang :p kalau hari2 lauk ni pun tak apa sedap jek tekak saya.

2) nasi putih + ikan siakap masak singgang

IMG-20130718-WA0044

singgang ni letak halia dan kunyit lebih sikit. kunyah2 halia dan kunyit tu sekali. oh sedap. tapi awal2 kalau anak2 ada jaundis silalah elakkan dari mengambil kunyit dulu ye.

3) nasi putih + sup ayam bercarrot


2013-07-17-20-02-42_photo

ohhh dalam pantang redho jek lah makan sup tak ada sambal kicap ye. hehehe. kalau tak dalam pantang konfem kuah sup tu dah kaler coklat kehitam2an dah dek kerana sambal kicap. hehehe. letak serbuk lada hitam sikit dalam sup ni. sedap!
menu2 lain yang tak ada gambar

4) ikan bilis + halia + lada hitam
tumbuk halus ala2 sambal gitu. selalunya adik saya akan buat lebih  untuk makan petang sekali. perghhh sedap gila dapat lauk ni. ikan bilis tu disangai, tumbukkan dengan halia dan lada hitam. mantop!

5) ikan haruan stim|
ikan haruan masak stim, letak aksesori bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, asam keping, serai. perghhh menaikkan selera mak tang betullah. serious, walaupun macam boring kena berpantangkan, tapi saya sangat suka lauk2 pantang. makan panas2 memang lupa diri kejap. oppppssss!

6) grill salmon
yang ni, isi ikan salmon diperap dengan lada hitam, halia dan kunyit. kemudian digrillkan. memang best. tak pantang pun boleh cuba buat. tapi saya taklah perah2 lemon bagai. saya suka macam tu jek.

ok nanti saya share resepi yang ada dalam buku ye.

penat pulak nak ingatkan lauk2 pantang saya yang lain. hehehe.

stay tuned!