ole-ole terakhir di tahun 2014 hehehe.

family kami dikuarantin dari pergi bercuti ke mana2 hehehe. last pergi bercuti kat Tanjung Balai, Karimun jek. lepas dapat tahu ummi ilham pregnant terus cuti2 malaysia dibekukan. tak nak merenyah2 bercuti walaupun memang dah ada perancangan nak ke mana.

maka kita terima jek lah ole2 dari orang2 yang bercuti.

20141230_103430

ole2 dari en. razak yang bercuti ke bali. betul ke tak letak surfing board tu macam tu. bedal sajalah labu. tq en. razak :)

20141230_083719

ole2 dari capt. akashah yang bercuti ke krabi, thailand. tq :) ingatkan request kaler pink tak dapat. rupanya jumpa juga kaler pink. hehehe. ummi ilham dan pink berpisah tiada :p


20141230_191804

paling latest, ole2 dari family saya yang baru balik bercuti ke kuching, sarawak malam semalam. ikut hati kalau belum melepasi 8 bulan kalau la 5 6 bulan, mahu juga saya nekad ikut naik belon. hehehe. tapi apakan daya, perancangan Allah yang terbaik, kami bertiga beranak duk rumah dediam jek hehe. tunggu je la ole2 dari dorang. babah dapat topi hard rock cafe sarawak, ilham dapat 2 helai t-shirt, ummi dapat sehelai baju kelawar (cisss macam tahu jek baju feveret i kan), 2 fridge magnet, calendar kayu kucing, kek lapis sarawak dan ikan terubuk masin yang dah selamat disumbat dalam fridge. hehe. tq mommy ngah, mama cu, nenek & tok ayah. next year kita holiday sama2 eh. eh esok dah next year lah :p

sebelum terlambat “selamat tahun baru 2015” semoga segala urusan kita dipermudahkan dan semoga yang baik2 saja yang datang pada kita.. untuk anak2 cucu2 cicit2 shaklee saya, jom teruskan mendaki ke puncak kejayaan bersama shaklee ;)

salam takziah untuk mangsa2 banjir di pantai timur dan seluruh negeri2 yang terjejas. salam takziah juga buat keluarga mangsa nahas pesawat Air Asia QZ8501 semoga tabah dengan segala ujian dariNya. semoga 2015 memberikan sinar baru dalam kehidupan kita semua. segala sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.