Main Masak2 @ Kapten Steamboat & Grill
last week tekak rasa nak makan steamboat.. nak menggrill daging2 kambing yang sedap.
inform babah awal2 jumaat ajak makan luar. dia ok baru boleh teruskan angan2.
lagi pun macam dah lama gitu tak main masak2 steamboat and grill hehehe.
fikir punya fikir nak kemana.. calon2nya meletop steamboat & grill.. tak pun kapten..
babah kata lepas makan kita ronda2 bazar karat, so kami pilih kapten.
wahhhhhh lama tak ke kapten. jom3.
open 4pm until 12am daily
latest price..
KAPTEN BUFFET
sunday – thursday
adult ~ RM30nett
friday – saturday – public holiday
adult ~ RM32nett
everday
kids ~ RM15nett// 5-12 years
senior citizen ~ RM22// 60 and above
luch hour
from 12.30pm – 3.30pm
adult ~ RM25nett
kids ~ RM10nett
senior citizen ~ RM15
budak tak sabar nak makan crab stick.
gambar adalah kelaut kabur semacam hahaha.
alamak menjejes air liur. terasa menghirup kuah tomyam steamboat ni.
ummi tak banyak tugas. tugasnya jaga adik syamil je.
semua babah uruskan, ambil jek lah apa makanan yang ada.
sampai terjelir lidah chef segera nak masak steamboat hahahaha.
budak kecil ni kecap2 air liur tengok babah, ummi dan abang ilham makan.
sabar ye dik. adik tak boleh makan ni semua. tunggu adik besar hehehe.
kambing dia sangat mantop. sedap gila hoiii rempah ratusnya.
repeat 2 kali menggrill hahahaha.
nasi goreng kampung macam biasa mantop juga.
lepas babah siap makan, dia melayan anak2 main kat playgorund kecil.
ummi apa lagi mengepak makan kambing grill sesorang hahaha.
snap gambar diorang 3 before ummi sambung lagi makan aiskrim sorang2 hahaha.
ambil peluang betul makan dengan nikmat kuang3.
lepas makan moh la kita, babah dah ajak ke bazar karat.
jom posing kejap. mereka redho melayan ummi.
babah pun dah faham, 7 tahun kot layan bini blogger hahahaha.
jom jalan2 ambil angin malam.
ilham tanya nak ke mana.
babah cakap “ni dataran”. masa lalu depan dataran jb.
”oooo.. daratan eh bah” kata ilham.
erkkkkkkkkkk..
ilham suruh babah stop kat sini.
dia nak tengok lampu2 led kat atas tu ha.
pusing2 nak singgah bazar karat, tapi tak ada tempat kosong nak parking.
ilham dah membebel. “mana kita nak parking ni bah.. mana kita nak pergi ni bah?”
babah kata “kita nak pergi bazar karat”.
”oooo bazar rakat eh..”
erkkkkk.. kelaut sebutannya. hahahaha.
dataran jadi daratan.. bazar karat jadi bazar rakat.
suka hati awaklah ilham.
memandangkan adik syamil pun dah tidur.
jadi kami batalkan niat nak ke bazar karat yang dah masuk 2 tahun tak jengah tu. hehehe.
next time jek lah ye. nak tunggu dapat parking mau pagi hari oii.
ilham pasrah jek lah walaupun dia tak bagi babah balik dulu.
nak lepas sini pun punya ramai manusia.
nanti2 jek lah eh. suruh babah bawak dslr.
harap camera henpon ummi memang kelabu asap gambar kita hahaha.
apa pun ummi sangat2 enjoy dapat spend time dengan hero2 kesayangan ummi.
2 Comments
bestnya makan steamboat...
ReplyDeletecantik lampu di dataran tu...tak sampai lagi ke sini
p/s: i'm not robot akan mengurangkan rakan untuk tinggalkan komen
arz moha>> hehehe feveret tu..meh le dtg ke jb hehehe..
ReplyDeletecamane nak remove ek..sbb auto ade..
Thanks 4 ur comment.. peace!