Mandi Manda @ Legoland Water Park
cerita tertangguh tertunggak lagi. cerita bermandi manda di legoland water park. ummi tunaikan permintaan abang ilham yang nak mandi manda di legoland. dah lama sangat tak jejak kaki ke sana sejak annual pass expired. kesian abang ilham. jadi jomlah kita mandi manda. babah tak join sebab ada tournament badminton PTP. kami ke sana dengan nenek, mak wee, mami ngah dan family aqil.
cantik! i loikeeee
lets go pocoyo! eh pocoyo dah jalan depan pulak.
sebelum masuk kita posing dulu yeay! walaupun anak bujang sorang tu tak nak bergambar. kena paksa rela juga.
kitorang memang tak pernah mandi manda kat legoland water park pun. dulu ronda2 theme park je. hehehe.
asyik posing jek bilanya nak mandi kak oi.
info untuk yang nak tahu harga tiket legoland water park. sila baca
beratur ni nak membeli swimming dypers untuk mak wee dan adik syamil.
operation hours 10am until 6pm.
dia dah excited nak mandi tapi umminya terkial2 lagi.
semput juga nak naik jalan berbukit ni. ecehhhhh.
safety reminder.
kot tak bawa pakaian mandi, bolehlah menjengah kedai tu. ummi tak boleh menjengah bahaya. kang ada orang minta beli itu ini.
berpeluh sakan abang ilham. penat sangat gamaknya berjalan kaki.
kami bercadang nak sewa cabana. sewa half day je RM180. senang sikit bila mak wee dan adik syamil nak ngempeng hehehe.
mula2 ambil lime sekali chiller nya tak ok pulak.
so kita tukarlah ke green
berkurung kejap nak menyalinkan abang ilham swimming suit.
beriya nak salin baju. tapi mood dia macam tak nak mandi pulak. kalau babah ada maybe lagi bersemangat sebab babah pandai berenang suka layan dia berenang. kalau harap ummi ngeh3 pepaham jek lah. berenang itik. kuek3.
petunjuk nak terjah kawasan mana dulu hehe.
kami layan wave pool jek dulu.
sorang lagi ni ha mood tak baik.
adik syamil steady jek ha. cool jek dia. sebenarnya awal2 dah bagitau dengan uncle nazam. dia pun mandi manda juga dengan uncle epan. yeay! dapatlah tumpang posing under water guna gro pro hero 4 uncle nazam.
ni ha duk menempel dengan uncle epan.
mami ngah buat perangai.
ni ha dorang pun sama. tapi mana aci dorang je nak buat perangai. ummi ilham pun teringin juga.
hoyeahhhhhhhhhh blurb..blurb..blurb.. nak juga gambar under water.
mak wee pun teringin tapi sempat masuk sikit jek hehehe.
ummi ilham berendam dengan cik yah ibu aien.
hoyeahhhh ronda2 keliling lazy river 3 rounds dengan adik syamil duduk bersantai atas boya. ikut jeklah arus air tu sambil main2 lego yang terapung.
adik syamil dah kepenatan. ngempeng kejap isi tanki. ummi salinkan baju sekali memandangkan cuaca pun dah nak hujan.
wahhh saya dah siap salin baju.
abang ilham yang jual mahal.ajak mandi kat tempat dalam sikit pun tak nak. ajak
mak wee ni awal2 jek tak ada mood. lama2 dialah paling ok. relax jek kena bawa masuk air.
syamil.. lepas siap mandi. masih segar bugar.
ummi ilham yang over nak main slide.
naik slide berempat dengan gegirl, aien dan kak susi. slide pendek tapi jeritnya macam panajng benor. cessss.
adik syami dah selamat sampai lalaland.
abang ilham lari takut kena bawa ke kawasan air dalam.
oleh kerana dia addicted dengan lego. jadi meh la kita peluang ke main lego kapal.
tengah syok tu susun kontena konon2. hehehe.
abang ilham sambung semula mandi kat wave pool.
hari mula hujan gerimis. ilham dah kena hantar masuk cabana. ummi pulak meneruskan misi mandi manda. fefeeling datang sorang pulak
syok sangat dia main lego. nak bagi kapal tu berlepas katanya.
ummi pun dah bersalin kulit. dah keletihan perut pun lapar. cepat2 kemas nak balik.
pemandangan dari atas,
adik syamil masih toya baru bangun tidur.
budak kecil ni pun dah kepenatan.
lepas semua dah siap, kami pun bergerak nak balik.
ni kembar abang ilham.. aqil.. sekali pandang macam abang ilham.
moh la kita pulang.
ummi tanya.. “abang suka tak datang legoland?”
”saya suka ummi” kata dia.
”esok boleh tak kita pergi legoland lagi ummi?”
hmmmmmm.. krik..krik..krik..krik..
sebelum tu mood ok jek.. sekali lalu kedai jual souvenir tu terus dia pujuk ummi masuk. hadoiii.. tak payahlah membazir nak beli mainan ilham hoi. sudahnya nangis tak dapat beli mainan. ilham..ilham..
nak ajak bergambar ni pun dia tak nak. apa taknya hati dah kecewa ummi ajak bergambar lagi hehe.
untuk yang datang dari luar johor, bolehlah menginap di legoland hotel.
haaa wefie sekali lagi.
wefie beramai2 pulak. lepas keluar dari legoland, kita isi perut di the chicken rice shop, medini mall.
masing2 yang kelaparan hehehe. alhamdulillah kenyang. oleh kerana jam dah pukul 5pm, maka plan nak tengok babah main badminton pun dibatalkan. sebab tournament pun dah tamat hehehe.
ummi ilham memang suka doodles.
sempatlah wfie dua beranak background doodles kat medini mall tu. kenapalah tak tahu ada program doodling hari tu. kalau tak boleh join walaupun hakak bukanlah handal mendoodles hehehe. alhamdulillah misi merealisasikan impian abang ilham mandi manda di legoland selesai. mission accomplished!
next ada program lagi untuk abang ilham dan adik syamil.. nak ajak naik bas dan naik train. to be confirmed later hehe. kena tunggu babah cuti weekend baru best. ok till then. babai!
2 Comments
google2 psl tg sepang skalitgk mcm kenal je..hehe
ReplyDeletesyida>>> hahahaha terjumpa kat blog eh..hehehe..pusing2 kat situ gak..
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!