DDHN | Udang Ketak Rebus Cicah Kicap
bila dapat tahu ada musim udang ketak, haruslah cepat2 cari yang fresh2 di kg pendas baru.
ada orang panggil udang kipas, tapi dari kecil mak ajar udang ketak hehehe.
pagi ahad lepas breakfast di warung poyot terus ke tanjung cari udang ketak.
gerai ke tiga baru jumpa udang ketak.
harga sekilogram RM35, cekut2lah dalam 10 ekor.
adik tu timbang genap2 pula harganya sekilogram.
dah nampak udang ketak terus cancel nak beli kepah hahaha.
ikan fresh2 pun tak jadi beli.
sampai rumah basuh bersih2.
bagi yang tak pernah tengok udang ketak.
haaa ni dia. besar jugalah saiznya sebesar tapak tangan saya
masuk dalam periuk, potong2 halia rebus nak bubuh garam sikit boleh, tak nak pun tak apa.
agak2 la berapa minit merebus tu kan sampai kulitnya mengoren.
taraaaaa.. siap direbus. sabarrrr.. sabarrrr.. tos dulu.. jangan makan dulu hehehe.
nak memudahkan proses makan nanti, saya gunting bahagian perut udang ketak.
kulitnya ni keras, tepi2 tu tajam2 sikit kalau tak biasa boleh luka.
eh pepandai jek panggil tu perut hahaha.
kira bahagian belakang udang tu la.
siap buat pencicah. alah mudah jek. kicap potong bawang besar, cili padi dan perah limau kasturi.
itu isi udang yang dah siap di “operate” oleh dr. hernee hahaha.
isinya kecik jek tak lah sebesar kulit udang tu. sila jangn terpedaya.
rasa isinya manis uolls. nyum3.
sepanjang hidup memang rebus jek lah paling heaven kot.
makan lauk udang ketak rebus dengan nasi panas jek pun dah cukup.
ratah macam tu pun sedap.
next week boleh beli lagi hehehehe.
uolls nak beli ikan fresh meh jemput datang ke kg. pendas baru.
macam2 seafood adoooooooo. ramai jek orang2 luar beli kat situ.
singaporean pun ramai mencari seafood fresh from the sea gitu.
iklan percuma untuk peniaga2 kg. pendas baru
0 Comments
Thanks 4 ur comment.. peace!