Tambahan Pokok2 Comel Di Ummi Ilham's Mini Garden
singgah di Butik Dunia Anak Kecil mata terus terpaut dengan pokok2 bunga dalam tin ni. terus rasa nak beli untuk projek bercucuk tanam dengan The Ilhams. setin harganya RM15. banyak2 pokok ummi cekut pokok Zinnia. entah pokok apa entah dalam bahasa melayu. mula2 nak ambil sunflower. tapi memikirkan ada satu sunflower baru nak membesar kat rumah kita ambil la pokok lain supaya nampak variasinya di situ ecehhh.
arahan untuk menanam bunga tin.
cara penyediaan:
buka bahagian bawah penutup, letakkam span di dalamnya. kemudian rendam selama 15 minit. letakkan air di atas penutup. buka bahagian atas dan masukkan biji benih. seterusnya siram 1 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan.
next ummi terpaut nak membeli biji benih comel ni. kat situ dorang tulis "benih tulisan". setelah ditanya rupanya tulisan tu akan terhasil pada daun pokok bila kita semai dengan cara yang betul. harap2 pokok happy akak tumbuh dengan jayanya supaya anak2 ummi boleh smile hehehe. sebiji benih ni RM3. tak nak beli banyak2 dulu. kita cuba 2 dulu kalau kan. kalau menjadi kita tamba lagi ecehhh.
cara penyediaan:
rendam selama 1 jam. pastikan bahaguan tepi biji benih berada di atas permukaan tanah.
ok nanti ummi update lagi ya untuk tatapan pembaca. kahkahkah. ini lucu. bajet blog hot gitu.
2 Comments
assalamualaikum hernee...seronoknya...kalau dah minat mmg x boleh buat apa kan...;)
ReplyDeletehehehe seronok mama sambil2 layan anak..
DeleteThanks 4 ur comment.. peace!